April 27, 2024

Sepetang Di Bukit Malawati, Kuala Selangor

Bukit Malawati
Masih menunggu pengumuman tarikh Sepetang Bersama Blogger 2014 anjuran Denaihati. Malangnya sehingga kini, ianya masih belum diumumkan.

Maka Bro terus plan sepetang di Bukit Malawati, Kuala Selangor bersama isteri dan anak perempuan – Nur Elfisha.

Bak kata puan isteri.

Bukan senang nak tengok atau dengar Bro ajak keluar jenjalan lagi-lagi kalau xde event atau aktiviti bersama rakan blogger. Bro cakap je nak bawa family keluar jenjalan. Terus puan isteri menyiapkan apa yang perlu disiapkan.

Nampak senyuman terpamer pada muka dia.

(Nampak sangat dah bosan duduk dekat rumah sepanjang cuti bersalin he..23x)

Bukit Malawati

Perjalanan ke sana tak ambil masa yang panjang. Lebih kurang setengah jam je dari Bandar Tasik Puteri, Rawang. Ikut Latar. Siap sempat singgah perkena Karipap Gergasi di tepi jalan menghala ke sana.

Pada hujung minggu dan hari cuti umum, ada disediakan trem untuk pengunjung.

RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Trem ini akan membawa anda naik ke Bukit Malawati dan kemudian ke Taman Ikan Air Tawar, Kuala Selangor.

Bukit Malawati

Trem beroperasi setiap 30 minit (kalau x salah Bro).

Bukit Malawati

Bukit Malawati

Bukit Malawati

Comel tak penghuni yang mendiami dan menceriakan suasana di atas Bukit Malawati?

Info dari Wikipedia

Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, Selangor. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia.

Ianya pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad berpindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Sepetang Di Bukit Malawati, Kuala Selangor

  1. Sepanjag saya tinggal di Sabak Bernam, belum pernah lagi saya bawa keluarga jalan-jalan ke Bukit Melawati… Saya pernah pergi ke sini dua kali.. Iaitu masa sekolah rendah dulu.. hehehe

Leave a Reply to Melastik Bintang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *