3 hari 2 malam di Felda Residence Tanjung Leman tidak akan lengkap tanpa mengikuti akiviti snorkeling di Pulau Sibu.
Perjalanan hanya mengambil masa 20 ~ 30 minit dari Jeti Tanjung Leman.
Perjalanan seawal 8.30 pagi dari Jeti Tanjung Leman tidak mengecewakan kami. Cuaca cerah dan tidak terlalu panas.
Cuma di jeti terdapat ramai pelancong menantikan bot untuk ke Pulau Sibu Besar dan juga resort di pulau berhampiran.
Bagi mereka yang mabuk laut seelokanya bawa bekalan yang sepatutnya.
Bagi Bro, pengalaman menaiki bot di laut sambil menikmati keindahan pulau berhampiran + bermain dengan percikan air mampu buat Bro menginbau kenangan lama.
Jauh gak Bro termenung waktu itu. Rasanya dah sampai ke Hawaii kot.
Sampai di lokasi kami snorkeling (Pulau Sibu Kukus), masing-masing keluarkan kamera masing mengambil gambar di lokasi berkenaan. Menyesal pula tak bawa tikar dan makanan ke sini. Kalau tidak, dapat juga berkelah disini.
Airnya jernih dan cetek memudahkan kami menjalankan aktiviti snorkeling.
Tetapi sebelum itu,
Kena dengar penerangan dan tip keselamatan dari pegawai yang bertugas. Apa-apa jadi nanti, siapa yang susah. Jangan spoilkan kegembiraan orang lain dengan kemalangan yang bakal kita hadapi kelak.
(Sorry guys… Bro selak-selak kamera. Tak de picture time Bro tengah snorkeling. Nampak sangat tak de yang ambil gambar waktu berada dalam air)
Korang layan je la pic yang ada dalam kamera Bro ini ek.
Malangnya aktiviti ini hanya disediakan dibawah pakej yang ditawarkan oleh tempat yang anda menginap.
Cara terbaik,
Elok sekiranya anda bertanya dengan tempat penginapan anda tentang pakej yang mereka sediakan.
Snorkeling Package (3 hari 2 malam0 – RM330/seorang
- Superior Room (twin sharing)
- 2 x Breakfast
- 2 x Lunch
- 2 x Dinner
- Karaoke Lounge
- Snorkeling activitity (Boat transfer to Sibu Kukus + Snorkeling Gear (Fins Optional) + Maximum 3 Hours)
Selain Snorkeling, Felda Residence Tanjung Leman juga menyediakan aktiviti air seperti berkayak dan juga jet ski. Tidak lupa juga bagi aktiviti pantai seperti bola tampar dan juga bola sepak (main atas pantai)
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web – Felda Residence Tanjung Leman
Assalamualaikum bro. bestnya snorkelling! rindu nak tengok laut ohhhh :)
Alhamdulillah,memang best dapat tengok laut, lagi-lagi laut yang jernih airnya.
best aktiviti cenggini :)
Best jika dapat digunakan sebaiknya mengharyati keindahan alam bersama insan tersayang.
Banyak kenangan ni tempat ni….
Hehehheh…..
Kenangan apakah itu ek Ayu? Cer cite
snorkeling tak pernah, menyelam pernah…..hoho
snorkeling boleh bernafas lelama dalam air… eh atas permukaan air he..23x
wahhhh.. cepatnya dah buat entri..
Cepat ke? biasa2 je nie…
lari dari kota raya kuala lumpur. memang superb best !
Lari pun amik 5 ~ 6 jam juga la dari kota raya kuala lumpur. Itu lari pakai kereta, kalau berlari pakai kaki.. Tak tahu berapa jam.
suke..suke… nanti nk g berhoneymoon kt sane la!!! syookkk.. mne tau kot2 baby “menjadi” kat sana.. hehehe..
tq bro!
kalau macam tue, selamat mencuba ek…
syok snorkeling ni..pernah buat sekali di Pulau Perhentian tahun lepas…seronok boleh tengok sudut lain ciptaan tuhan
Memang menarik. Pengalaman pertama nie. Ada la 2-3x terminum air laut he..23x
bestnya kalo dapat snorkeling..
rate harga tu kira okey jugak..takde la mahal sangat..
Apa kata try pakej ini. Malangnya, Bro tak de kamera yang boleh ambil gambar dalam air.
Kalau tidak…
Bab menyelam saya angkat tangan. Memang kantoi. :-)
Tak perlu menyelam sebenarnya… hanya terapungkan diri atas permukaan air.
wahhh murahnyaa!!!
huhuhu murah2 bila plan x terpergi juga haishh!!
seronok! tengok gambar je pun dah tahu seronok… :)
deno sejak sakit tak boleh mandi air laut
Fuhh.. Best giler snorkeling..
kte xtau pulak ada kt johor..sbb nama pulai sibu tu..slalu gk g johor tp xpenah tau..nk carik la mcm ni
da lama saya tak nampak laut…snorkeling pun tak pernah cuba lagi setakat ni…macam best je kalau dapat snorkeling kat pulau sibu ni..:D
sesekali best juga snokerling… menjenguk ikan-ikan.. hehe
seronoknya, ada peluang boleh pergi sini :)
last year try pergi pulau tioman. ..farah turun kat tekek. ..memula farah stay kat Kg juara…dalam 3 hari cam tu lah…malam ke empat farah stay kat tekek sebab kat Kg juara tak ada snorkeling. .bila sampai kat tekek memang best swimming and snorkeling. ..ikan ikan kat situ jinak..siap bagi roti ngan biskut lagi…