April 20, 2024

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) Dari 1 – 11 Disember 2016

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016
Pameran MAHA Disember 2016 kini sedang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor bermula dari 1 hingga 11 Disember 2016.

Alhamdulillah, Bro sekeluarga dapat luangkan masa bersama melawat Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau MAHA 2016 ini.

Seawal pukul 9 pagi kami datang,

Ini merupakan kali pertama bro sekeluarga pergi ke pameran terbesar seperti ini dari pagi hingga ke petang.

Memang penat, tetapi kepuasan dan ilmu yang diperolehi tidak dapat dinilai dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi bila dapat eratkan hubungan kekeluargaan.

Ada beberapa check point perlu anda lawati, sekiranya datang ke sini (rugi kalau tak singgah);-

Laman Perikanan – MAHA 2016

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016
Teruja Kak Long Fisha bila dapat melihat Nemo secara dekat di Laman Perikanan.

Di Laman Perikanan ini, turut menampilkan Jabatan Perikanan Malaysia dan beberapa agensi untuk memperkenalkan penyelidikan / pendidikan berkaitan dengan kehidupan air di Malaysia.

Turut disertai beberapa vendor yang menjual makanan berasaskan hidupan air ini.

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016

Apa yang menariknya di sini,

Bro temui Ikan Duyung aka Mermaid yang sudi menyambut kehadiran tetamu ke laman ini dengan senyuman manisnya.

Ada rezeki, korang mungkin dapat bergambar bersama dengannya (mungkin berdua), seperti Bro (ala, Bro bergambar bertiga la pulak).

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016

Selain Mermaid, turut dipamerkan beberapa jenis ikan yang agak sukar ditemui,

Begitu juga dengan beberapa spesis ikan dan hidupan air “termahal” di Malaysia. Yang pastinya, korang akan teruja bila tahu harga / nilainya dalam pasaran Malaysia.

Rasa macam nak buat business ternak dorang, mana tahu boleh jadi jutawan.

Bukan itu sahaja, di laman perikanan ini, anda sekeluarga berpeluang untuk bergambar dengan tulang ikan paus. Waktu itu, Bro mati-mati ingatkan ada pameran Dinosor dekat sini.

Laman Padi – MAHA 2016

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016

Selepas mencuci mata menengok ikan (sebenarnya tengok mermaid tadi), kita tengok pula kehijauan sawah bendang di Laman Padi.

Mungkin ada diantara korang yang tidak pernah tengok atau menjejak kaki ke sawah padi. Jangan lepaskan peluang ini.

Siap ada aktiviti bermain bola sepak dalam bendang. Teringin nak join, tapi…..

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016
Pengunjung juga berpeluang untuk sertai kelas pembuatan bedak sejuk.

Sepanjang 30 tahun hidup, baru tahu macam ini caranya untuk buat bedak sejuk (Selama ini, tahu tempek dekat muka je).

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016

Tidak lupa juga, anda jangan lepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat beberapa jenis beras yang turut dipamerkan disini.

Sesambil itu, jika nak beli beras, boleh beli di sini juga ;)

Laman Nanas – MAHA 2016

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016

Laman paling meriah dengan pelbagai warna, yakni Laman Nanas dibawah kelolaan Pusat Informasi Nanas.

Terdapat banyak pameran nanas dari pelbagai spesis yang dihasilkan dari penyelidikan yang dijalankan selama ini.

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016

Pengunjung juga berpeluang bergambar di booth yang disediakan.

Bukan setakat bergambar, bahkan boleh memenangi wang tunai dengan memuat naik gambar tersebut dilaman sosial. Tetapi kena bayar RM2 untuk syarat menyertai contest ini.

Bro sudah bergambar, uploadnya je belum lagi.

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016

Di laman ini, jangan lupa singgah perkena Jus Bob Nanas yang diusahakan oleh usahawan dan juga blogger terkenal, Hazman Fadzil.

Beliau menggunakan Nanas MD2 untuk membuat jus ini.

Memang bangga dapat kawan yang mempunyai kesungguhan untuk bangkit, hingga pernah masuk TV disebabkan oleh penangan Jus Bob Nanas ini.

Laman Armada Jentera – MAHA 2016

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016
Di laman Armada Jentera pula, anda boleh berkenalan / mengenali jentera-jentera yang amat berjasa kepadara petani di Malaysia.

Tanpa mereka, kita tidak mampu mengeluarkan produk pertanian secara optimum bagi memeuhi permintaan semasa.

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016

Doakan, mamat yang naik jentera ini bakal menjadi petani moden satu ketika nanti. Moga dipermudahkan buat beliau.

Laman Ternakan

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism - MAHA 2016

Lembu Sado merupakan tarikan utama bagi pengunjunng yang datang ke laman ini.

Lembu Hibird Sado ini bukan sekadar sado, bahkan harganya boleh mencecah RM20,000 seekor. Menurut maklumat yang diperolehi, lembu ini semulajadi Sado tanpa perlu pergi ke Gym.

** Sedang Dikemaskinikan **

iPhone 7 & iPad untuk Pengunjung MAHA 2016

Pihak penganjur berbesar hati ingin menawarkan 5 Buah iPhone 7 dan 5 Buah iPad Mini untuk pengunjung MAHA 2016 yang bertuah.

Tidak lupa juga 100 Hamper Barangan IAT MOA untuk cabutan bertuah.

So, bagaimana untuk memenanginya?

Anda hanya perlu hadiri Konsert Rhythm Of The Farmers yang berlangsung di MAHA 2016 untuk menyertai cabutan bertuah ini.

Ianya akan berlangsung pada malam Jumaat & Sabtu disamping anda boleh layan lagu yang bakal didendangkan oleh Man Bai, Khalifah, Projector Band, Ramli Sarip dan Ebiet G. Ade

Konsert ini bakal berlangsung dari pukul 8.30 – 11.00 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai MAHA 2016, anda boleh layari laman facebook MAHA – Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism.

Penafian : Gambar diambil menggunakan Huawei P9 Lite.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) Dari 1 – 11 Disember 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *