January 19, 2025

Bersama Keluarga di Farm in The City, Seri Kembangan

Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari
Cuti yang ada ini, digunakan sebaik mungkin buat Bro dan seisi keluarga ke Farm in The City, Seri Kembangan. Terima kasih buat Kelab Blogger Ben Ashaari atas peluang yang diberikan ini.

Jika ikutkan, dah lama Bro dengar tentang private petting zoo ini, cuma tidak berkesemapatan untuk ke sana.

Bila di Google, lokasinya berdekatan dengan Pasaraya Giant, Taman Equine di Seri Kembangan.

Sekitar tahun 2010-2011, kawasan ini merupakan kawasan yang selalu Bro lalui, cuma sejak berkahwin, Bro jarang ke sana. Banyak perubahan jika dibandingkan dengan waktu Bro datang dulu.

Disebalik pembangunan disekitar kawasan ini, terdapat private petting zoo disini yang menjadi tumpuan warga kota dan kawasan sekitarnya – Farm in The City

Farm in The City, Seri Kembangan

Ianya telah beroperasi hampir 2 tahun setengah. Tetapi tak ramai yang tahu kewujudannnya yang agak tersorok dicelah-celah pembangunan.

Kura-Kura Gergasi Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Kiranya Bro antara yang bertuah, sanggup datang dari Rawang ke sini semata-mata nak bawa Baby Fisha dekati haiwan yang ada disini.

Dan haiwan disini kebanyakannya jinak dan mudah didekati.

Kehadiran kami disini disambut mesra oleh kura-kura gergasi. Dikatakan ianya berumur 40 tahun. Ada sesiapa tahu macam mana nak tahu umur sebenar kura-kura seperti ini?

Kura-Kura di Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Kura-Kura di Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Boleh dikatakan,

Disini terdapat bermacam-macam jenis kura-kura. Dan saiznya agak luar biasa, tidak dapat dipastikan berapa usia setiap kura-kura yang ada disini.

Ada beberapa kura-kura bergerak bebas dalam kawasan petting zoo ini dan boleh didekati oleh pengunjung.

Kura-Kura di Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Jika anda ingin tahu berapa usia kura-kura gergasi ini. Anda hanya perlu kira berapa lingkaran pada bulatan pada cengkerang dibelakangnya.

Bagi Haiwan Makan di Farm in The City, Seri Kembangan

Kebanyakan haiwan disini adalah jinak. Bukan sahaja anda boleh dekati mereka (rasanya mereka yang akan dekati anda) bahkan anda juga boleh memberi makanan kepada mereka.

Jangan risau, makanan untuk anda berikan tersedia. Hanya mintak pada pertugas yang bertugas disitu.

Tak perlu bayar apa-apa, kerana ianya termaktub dalam tiket masuk yang anda bayar untuk masuk ke sini. Boleh mintak anak anda biasakan diri bagi haiwan disini makan.

Bagi Haiwan Makan Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Bagi Haiwan Makan Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Ini pertama kali Bro lihat burung merak secara dekat. Cantik pula bulunya.

Jika dulu, masa kecil-kecil. Bro hanya mampu beri makan pada ayam, itik dan angsa belaan je. Itu pun takut-takut nak bagi makan. Risau kena patut.

Tetapi haiwan-haiwan disini memang jinak.

Bagi Haiwan Makan Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Kalau rasa nak tangkap gambar dengan lebih dekat haiwan-haiwan yang jinak ini.

Anda memang perlu umpan mereka dengan makanan. Then ambil la gambar sedekat yang anda inginkan. Pasti mereka selesa beraksi didepan lensa anda.

Bagi Haiwan Makan Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Jika anda ingat kenangan sewaktu kecil-kecil dulu (bagi yang tinggal di kampung mungkin ada kenangan ini)

Aktiviti menangkap ikan longkang turut disediakan. Tapi lepas tangkap kena lepaskan. Tak boleh bawak balik atau masak disini. Ikan kecil je.

Sekadar mengembalikan kenangan anda waktu kecil-kecil dulu.

Farm in The City @ Kebun dalam Bandar

Kebun dalam Taman Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Farm in The City @ Kebun dalam Bandar? Istilah ini mesti anda faham bukan?

Memang suasana disini hampir menyerupai kebun. Anda boleh nampak haiwan berkeliaran dan beberapa tumbuhan yang biasa anda jumpa di kebun.

Kebun dalam Taman Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Ini namanya buah Nangka (bagi mereka yang tak tahu rupa nangka macam mana)

Ayam Serama Kebun dalam Taman Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Ini pula namanya ayam serama (bagi mereka yang tak tahu rupa ayam macam mana. Hanya kenal ayam KFC or Uncle Bob)

Bro siap jumpa ada ayam yang bertelur dekat tepi-tepi laluan. Elok je dia mengeram telur.

Dekati haiwan di Farm in The City

Haiwan Jinak Bergambar di Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Memang tujuan asal datang ke Farm in The City untuk bawa Baby Fisha dekati dan kenali haiwan-haiwan disini. Tak de la dia dok kenal kucing dekat rumah je.

Sedangkan haiwan lain dia tak beberapa kenal.

Haiwan Jinak Bergambar di Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Kan jinak haiwan-haiwan disini. Dapat juga dekati Rusa ini, malangnya dah masuk waktu dia tidur la pulak.

Dapat juga Baby Fisha kenali Rusa, kalau tidak harapkan kereta Rusa yang lalu lalang je la. Itupun dia tak boleh nak bezakan setiap kereta yang lalu.

Haiwan Jinak Bergambar di Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Memang susah nak buat Baby Fisha dekati haiwan. Walaupun haiwan ini jinak.

Biasa la, kalau selalu bawa dia ke sini mesti dia akan berani pegang haiwan-haiwan ini. Tapi nampak gak la gaya dia nak dekati mereka, cuma tak berani nak pegang je.

Haiwan Jinak Bergambar di Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Walaupun gua level-level bapak orang.

Memang tak pernah dekati atau pegang rusa sebelum ini. Akhirnya dapat juga berselfie dengan Rusa (Tak de koje ke apa nie)

Haiwan Jinak Bergambar di Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Belum lagi berselfie dengan Rakun.

Pandai dia posing. Macam tahu-tahu je orang nak ambil gambar dia. Bro mati-mati ingatkan ini musang. Adeh….!!! Bikin malu, bikin malu.

Pony Ride @ Farm in The City

Pony Ride Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Disini juga disediakan aktiviti Pony Ride. Hanya RM7 sekali naik.

Jika nak anda boleh beli dekat kaunter. Ianya tidak termasuk dalam bayaran tiket masuk anda. Kecuali jika anda beli pakej keluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak pada harga RM109)

Pony Ride Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Malang buat Baby Fisha.

Ketinggian beliau tidak melayakan dia menunggang Pony aka Kuda Kecil ini. Kalau nak naik, kena mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 90 cm.

Mak Bapak tidak dibenarkan naik he…23x

Sekiranya anda berminat untuk datang ke sini. Anda boleh rujuk info yang disertakan di bawah ini.

Farm in The City
Address: Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Telefon No :03-8941 2099
Waktu Operasi : 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang (Isnin-Jumaat), manakala 9.30 pagi sehingga jam 6.00 petang (Sabtu dan Ahad).
Ditutup pada hari Selasa kecuali pada musim cuti.
Facebook : FarmInTheCityMalaysia

Harga Normal : RM 48 untuk dewasa ; RM 38 untuk kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.

Harga kepada pemegang MyKad : RM 30 untuk dewasa ; RM 25 untuk kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. PERCUMA bagi kanak-kanak dibawah ketinggian 90cm.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Bersama Keluarga di Farm in The City, Seri Kembangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *