December 15, 2024

Redeem Rebate TnGo PLUSmiles di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS

Redeem Rebate TnGo PLUSmiles di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS
Akhirnya, Bro terpaksa pergi ke Pusat Khidmat Pelanggan PLUS semata-mata untuk redeem Rebate TnGo PLUSmiles yang dah lama tak redeem. Lebih-lebih lagi bila rebate tol dimansuhkan beberapa bulan dahulu.

Bro selaku pengguna TnGo dan lebuhraya PLUS terasa kesannya bila dulu boleh dikatakan selalu sahaja redeem rebate yang dapat.

Rezeki katakan.

Ye la, kita dulu hari-hari guna PLUS, belum lagi LATAR, Guthrie, LDP, Penchala Link etc.

Sehari berapa kali touch TnGo. Memang berbaloi-baloi dengan penjimatan masa dan juga rebate yang diterima. Tetapi itu dulu, sekarang dah tiada dah.



Hari ini, Bro singgah ke Pusat Khidmat Pelanggan PLUS.

Alang-alang keluar dari Tol ternampak, itu yang terus singgah. Lagipun waktu cuti perayaan dan tak ramai pula orang disitu. Waktu operasi dari pukul 7.30 pagi hingga 7.30 malam.

Redeem Rebate TnGo PLUSmiles di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS

Ini sahaja rebate yang dapat Bro redeem kali ini. Rasanya ada point yang gagal diredeem sebab dah tamat tempohnya (Bro rasa la kan – Ok dah check dah, memang ada yang dah tamat tempoh).

Bukan Bro tak nak redeem awal rebate ini.

Sebab setiap kali Bro pergi ke kiosk TnGo Spot yang selalu Bro topup TnGo dan redeem rebate. Mereka cakap tak boleh redeem. Ada la 2-3x Bro pergi ke tempat yang berbeza.

Jawapan yang diterima oleh Bro, tak boleh redeem.

Bro ingatkan sistem down ke ape ke. Sehinggakan satu hari Bro tanya pada sorang awek yang jaga kiosk itu (budak baru, tak tahu apa-apa lagi). Dia cakap, sekarang dah tak boleh redeem rebate dekat kiosk TnGo Spot. Kena pergi ke Pusat Khidmat Pelanggan PLUS.

Bagus jawapan yang dia berikan berbanding dengan staf-staf yang terdahulu. Tak membantu betul. Harap pihak yang berkenaan take note, lagi-lagi yang berkerja dekat kiosk macam ini. Bagi jawapan yang bernas dan jangan buat kami tertanya-tanya.

Bila Bro pergi ke Pusat Khidmat Pelanggan PLUS tadi, baru tahu apa puncanya.

Tak pe la,

Bicara Bro : Buat masa sekarang, Bro tak rasa nak kongsikan di blog atau dimana-mana laman sosial.

Kewujudan TnGo Spot bagus dan memudahkan pengguna TnGo untuk tambah nilai tanpa dikenakan sebarang caj. Tetapi salah satu “fungsi”nya juga telah ditarik balik.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Redeem Rebate TnGo PLUSmiles di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *