Bukit Malawati
Masih menunggu pengumuman tarikh Sepetang Bersama Blogger 2014 anjuran Denaihati. Malangnya sehingga kini, ianya masih belum diumumkan.

Maka Bro terus plan sepetang di Bukit Malawati, Kuala Selangor bersama isteri dan anak perempuan – Nur Elfisha.

Bak kata puan isteri.

Bukan senang nak tengok atau dengar Bro ajak keluar jenjalan lagi-lagi kalau xde event atau aktiviti bersama rakan blogger. Bro cakap je nak bawa family keluar jenjalan. Terus puan isteri menyiapkan apa yang perlu disiapkan.

Nampak senyuman terpamer pada muka dia.

(Nampak sangat dah bosan duduk dekat rumah sepanjang cuti bersalin he..23x)

Bukit Malawati

Perjalanan ke sana tak ambil masa yang panjang. Lebih kurang setengah jam je dari Bandar Tasik Puteri, Rawang. Ikut Latar. Siap sempat singgah perkena Karipap Gergasi di tepi jalan menghala ke sana.

Pada hujung minggu dan hari cuti umum, ada disediakan trem untuk pengunjung.

RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Trem ini akan membawa anda naik ke Bukit Malawati dan kemudian ke Taman Ikan Air Tawar, Kuala Selangor.

Bukit Malawati

Trem beroperasi setiap 30 minit (kalau x salah Bro).

Bukit Malawati

Bukit Malawati

Bukit Malawati

Comel tak penghuni yang mendiami dan menceriakan suasana di atas Bukit Malawati?

Info dari Wikipedia

Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, Selangor. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia.

Ianya pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad berpindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.