April 27, 2024

Rezeki Pendapatan Dari Google

Gaji Dari Google AdsenseRezeki pendapatan yang diperolehi dari Google.

Semestinya Google Adsense yang menjadi bualan mulut sesetengah blogger sekitar tahun 2005- 2008. Tahun Nuffnang belum lagi popular dikalangan blogger.

Tapi tak ramai yang berjaya. Dan ramai yang tersungkur.

Ada yang akaun mereka diban oleh pihak Google dan ada yang tak dapat seperti mana yang mereka harapkan.

Dulu Bro juga begitu.

Cuma kali ini, Bro tidak berharap sangat pada Google. Jika ada tue, ada la. Jika tiada, bukan rezeki namanya.

Tapi alhamdulillah,

Hari demi hari, ada sahaja income yang masuk. Walaupun tak banyak, tapi jadi la dari tiada. Jika terkejar-kejar risau kena ban pula dengan pihak Google.

Dari ada pendapatan berterusan terus tak dapat apa-apa.

Pemainan Google sekarang makin power. Jika dulu terus ban akaun sekiranya berlakunya fraud click atau aktiviti yang diragui. Kali ini, mereka ban terus domain blog/website dari memaparkan iklan mereka.

Tak salah memperbagaikan pendapatan dari blog anda. Asalkan ianya halal.

Bicara Bro : Ramai yang bertanya, kenapa Bro tak cashkan cheque ini melalui Western Union.

Maaf, tiada ramai yang sudi membantu Bro. Semuanya lebih suka memberi cadangan tanpa memberi tunjuk ajar. Cuma ada rakan yang memberitahu – Kalau tak tahu apa-apa, pergi ke Maybank. Kemudian berurusan di kaunter terus.

Tempoh masa proses adalah sebulan + ada cas perkhidmatan (tak tahu berapa)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Rezeki Pendapatan Dari Google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *