Band terkenal kerana suara langsuir?
Itu yang cuba diketengahkan dalam Filem “Kami Histeria” dimana iannya menampilkan ‘girl band’ yang gemar merakam lagu-lagu dan dimuat naik ke YouTube.
Walaubagaimanapun mereka tidak menyangka ter-rakam suara mengilai sayup langsuir pada latar lagu mereka.
He…23x Kalau benda macam ini terjadi pada Bro. Awal-awal dah trauma tak nak rakam dah lagu-lagu kemudian dimuat naik ke Youtube. Taubat taubat.
Tetapi berbeza pula dengan band gadis ini.
Filem ini diterajui oleh Nur Fazura, Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin dan Umie Omar dibantu oleh Afdlin Shauki dan Izzue Islam.
Ia akan menggegarkan panggung wayang pada 6 Februari 2014 akan datang ini.
Kami Histeria ialah sebuah produksi Red Films dan diterbitkan oleh Astro Shaw dan Marna Film arahan Shamyl Othman.
Kami Histeria yang menelan belanja sebanyak RM 2 juta telah menjalani penggambaran selama sebulan di sekitar Lembah Klang dan memerlukan lebih dari 10 bulan untuk menyiapkan semua kesan khas dan muzik dalam filem ini.
Sinopsis Filem Kami Histeria
5 gadis – Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo mempunyai band mereka sendiri yang diberi nama “Kami Histeria”. Kumpulan ini telah berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu.
Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut. Lagu tersebut menjadi hit dan amat diminati ramai setelah dimuat naik ke YouTube.
Ini menyebabkan mereka berusaha untuk mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya.
Apakah yang akan terjadi kepada 5 gadis remaja ini? Adakah Langsuir itu akan membantu gadis ini mencapai kemasyhuran dalam karier muzik mereka?
Nantikan Kami Histeria yang ber-genre Komedi Seram ini di pawagam 6 Februari 2014.
Trailer Filem Kami Histeria
Barisan pelakon yang menjayakan Filem Kami Histeria sewaktu Malam Gala baru-baru ini.
lawa gile band ni
Ada yang berkenan ke?
ingatkan betul pasal budak sekolah kena histeria ke..ghupernya citer filem baru…
Amboi.. xde pulak mention pasal budak sekolah dekat sini…
Thanks bro! Semoga Kami Histeria mendapat sokongan & sambuatan hebat drpd semua penonton & peminat filem :)
Sama-sama Azwan :)
Kalau terjadi dengan sy, sy pun taubat takmo recording da. Lol. Tp jalan ceritanya menarik juga, never done before.
Taubat ek…. betul ke?
oo band girl ni..
Nnti tiket drp bro utk tgk citer ni. Hehehe
Harap dapat menonton filem Kami Histeria. Memang meletop.
fuhh..jangan histeria plak la kalau tengok cite nih. haha..
cerita seram ke ni…? macam best je…hee