Acara tahunan IJM Land Half Marathon 2017 kembali lagi, bakal mengegarkan Dataran Centrio Seremban 2 pada 13 Ogos 2017.
Memasuki tahun ke-6 penganjurannya, acara larian ini paling dinantikan warga Seremban 2 terutama mereka yang gemar bersukan dan yang mengutamakan gaya hidup sihat.
Menurut Dato’ Hoo Kim See – IJM Land Berhad, Senior General Manager – Central Region,
Acara ini bertujuan menggalakkan orang ramai terutamanya komuniti pelari sekitar Seremban 2 mengeratkan hubungan sesama sendiri dan berkongsi minat yang sama. Lebih-lebih lagi bila ianya telah menjadi acara tahunan bagi komuniti di situ.
Sejak diadakan dari tahun 2012, IJM Land telah menganjurkan larian ini buat masyarakat komuniti Seremban 2 dan kawasan berjiranan.
Sambutan yang diterima juga amat mengalakkan dari rakyat Malaysia menjadikan acara tahunan ini sebagai acara yang wajib disertai setiap tahun bagi mereka yang meminati acara larian seperti ini.
Pada majlis ini, Dato’ Hoo Kim See turut menyampaikan baju rasmi IJM Land Half Marathon 2017 kepada En. Lim Khon Seng, yang merupakan pelari terpantas IJM Land Half Marathon 2016 yang juga merupakan peserta pertama mendaftar bagi larian kali ini.
Dana Dikutip Disalurkan Kepada 2 Badan Kebajikan
Buat 3 tahun bertutut-turut, sebahagian dari hasil kutipkan yuran penyertaan IJM Land Half Marathon 2017 akan disalurkan kepada 2 badan kebajikan.
Bagi tahun ini, ia akan disalurkan pada :-
- Pertubuhan Rumah Kebajikan Negeri Sembilan
- Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA)
IJM Land Run menawarkan kategori 21KM (Half Marathon), dan 10KM (untuk wanita dan lelaki berusia 18 tahun dan ke atas) dan 10KM (untuk kanak-kanak atas 12 tahun).
Seperti biasa, pemenang kategori Lelaki dan Wanita akan menerima IJM Land Half Marathon Challenge Trophy.
Tahun ini, Pihak penganjur mensasarkan penyertaan sehingga 7000 peserta kali ini dan penyertaan dibuka bermula dari 31 March 2017 pada jam 12 tengah hari.
Peringatan : Pendaftaran ini akan ditutup pada 31 Mei 2017 atau lebih awal sekiranya penyertaan telah mencukupi.
Daftar awal untuk menikmati EARLY BIRD FEE sebelum 16 Mei 2017.
Semua pelari yang berjaya menamatkan larian, akan menerima cenderahati yakni hadiah menarik dari Penaja Platinum – Yakult dan penaja lain; bersama-sama dengan Medal Finisher ditempah khas serta sijil penyertaan.
Bukan itu sahaja, terdapat cabutan bertuah dengan nilai mencecah RM10,000 khas untuk peserta yang menyertainya.
Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathon 2017 dan cara untuk mendaftar, anda boleh layari www.ijmlandrun.com
all the best ya
Tak nak join ke?
All the best buat siapa yang join IJM Land Half Marathon 2017 kali ni…tahun lepas hanya mampu tengok je…tahun ni pun macam tu agaknya…hehe
Kalau suami nak join best juga ni. Hadiah pun menarik