January 26, 2025

Kuala Lumpur Biennale 2017 Kini Berlangsung di Balai Seni Negara

KL Biennale 2017
Bagi peminat seni visual di Malaysia, anda berpeluang untuk menyaksikan pameran Kuala Lumpur Biennale 2017 yang kini sedang berlangsung di Balai Seni Negara.

Ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Balai Seni Negara pada 23 November 2017.

Pameran akan mencipta satu sejarah dan membuka platform baru dalam perkembangan seni visual Negara, kini dibuka kepada orang awam bermula 1 November 2017 sehingga 30 Mac 2018.

Masuk adalah percuma.

**** iklan di Bro Framestone *****


Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.

KL Biennale 2017

Untuk pertama kalinya acara berprestij ini berlangsung, Balai Seni Negara sebagai tuan rumah telah dipertanggungjawabkan dengan melantik kumpulan kuratorial yang akan menerajui Kuala Lumpur Biennale kali ini.

Kumpulan ini, diketuai oleh Proffesor Zulkifli Yussof, seorang ahli akademik dan pengkarya seni visual tempatan yang berpengalaman di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Bersama-sama kumpulan kuratorial dari Balai Seni Negara adalah terdiri daripada Faizal Sidik, Tan Hui Koon dan Baktiar Naim.

Kesemuanya melibatkan 114 peserta yang terdiri daripada pelukis, pengarca, karyawan, dan pakar-pakar dalam bidang seni visual di Malaysia, ASEAN + 3 termasuk India.

Gabungan kurator muda dan berinspirasi ini diharapkan dapat mengetengahkan tema BELAS dalam Kuala Lumpur Biennale 2017 kali ini dengan jayanya.

KL Biennale 2017

KL Biennale 2017

KL Biennale 2017

KL Biennale 2017

KL Biennale 2017

KL Biennale 2017

Apakah Objektif penganjuran Kuala Lumpur Biennale?

  • Memperluaskan jaringan & kerjasama Balai Seni Negara dan memastikan pembangunan industri seni kontemporari yang memartabatkan seni tempatan di persada dunia;
  • Menerapkan identiti Malaysia dan profil negara khususnya Kuala Lumpur supaya tersemat pada peta seni global sebagai bandar dunia yang wajib dikunjungi;
  • Menempatkan negara Malaysia dalam kalangan negara Asia yang gigih membangunkan sektor ekonomi kreatif yang berdaya saing dengan ekonomi kreatif global; dan
  • Merangsang serta memupuk nilai-nilai murni budaya Malaysia dan menerap belas kasih serta meningkatkan nilai hidup berharmoni dan lestari.

Selain daripada menyediakan pameran untuk penggemar seni dan orang awam, Kuala Lumpur Biennale 2017 kali ini juga telah merancang beberapa program sokongan dan pengisian yang disasarkan khusus kepada mereka yang hadir ke acara antarabangsa ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.artgallery.gov.my atau laman sosial Facebook KLBiennale & Instagram KLBiennale.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Kuala Lumpur Biennale 2017 Kini Berlangsung di Balai Seni Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *