Jika tahun sebelumnya, acara photoshoot post-wedding menjadi pilihan untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami.
Tahun ini, Bro pilih cara yang berbeza sedikit yakni menginap di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
Boleh dikatakan, ianya merupakan salah satu hotel pilihan kami sekeluarga. Cuma kali ini, Bro ambil bilik lebih besar – Club Suite selama 3 hari 2 malam, disertakan sekali dengan sedikit kejutan.
Kejutan apakah itu?
Nanti Bro cerita, kalau tidak korang tak akan baca artikle ini sehingga habis ;)
Club Suite Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menawarkan beberapa jenis bilik untuk anda diami seperti Superior, Deluxe, Family, Club, Junior Suites dan Club Suites.
Kebanyakannya bertujuan memenuhi keperluan anda sewaktu menginap disini.
Bagi Club Suites ianya suai bagi mereka yang menginap atas urusan peniagaan / kerja dalam masa yang sama ingin meluangkan masa bersama keluarga sama seperti berada dirumah.
Dengan ruang yang lebih luas termasuk pemilihan perabot yang bersesuaian memberi lebih keistimewaan dan keselesaan ketika menginap di sini.
Nama je bercuti + honeymoon, Bro tidak dapat lari dari tugas hakiki.
Maka Club Suite agak bersesuaian, dimana biliknya terbahagi kepada 2 bahagian yakni ruang tidur dan juga ruang tamu dimana masing-masing dilengkapi oleh tv.
Bro banyak luangkan masa di ruang tamu bekerja tanpa gangguan dari anak-anak yang ingin berhibur sambil menonton TV. Maka mereka banyak luangkan masa di bilik tidur, cuma kenkadang Bro masuk juga kedalam bilik join mereka bermain bersama.
Ini port bro buat kerja.
Port paling banyak Bro luangkan masa ketika berada didalam bilik. Ini merupakan salah satu ciri yang selalu Bro titik beratkan jika ingin menginap dimana-mana hotel.
Paling penting, mesti mempunyai liputan wifi berkelajuan tinggi dan PERCUMA.
Apa keistimewaan mengambil Club Suite di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur?
- Lebih privasi kepada tetamu
- Mempunyai access kepada Club Lounge dimana ia dikhaskan kepada mereka yang mengambil pakej penginapan Club di sini.
- Boleh memilih sama ada ingin sarapan pagi di sini atau bersama dengan tetamu yang lain di Coffee House.
- Minum petang disediakan di Club Lounge antara pukul 6 – 8 malam.
- Percuma minuman seperti teh, kopi, minuman bergas bersama snek sepanjang hari.
- Daftar masuk / keluar lebih mudah.
Bukan itu sahaja, banyak lagi perkhidmatan lain yang anda boleh nikmati seperti perkhimatan wifi percuma dalam kawasan hotel, shuttle bas sekitar Kuala Lumpur dan lain-lain lagi.
Cuma Bro nak bezakan mereka yang mengambil pakej Club dengan pakej yang lain.
Set Menu Makan Tengahari Serendah RM25
Kalau ikutkan, bukan susah pun nak cari makan dekat kawasan sini dimana Sunway Putra Mall hanya berada bersebelahan.
Tapi, tak salah jika anda ingin makan di Coffee House @ Sunway Putra Hotel dimana terdapat beberapa menu ditawarkan pada harga serendah RM25 (lebih murah berbanding harga asalnya).
Antara menunya;
- Lobster Cantonese Noodles,
- Nasi Lemak Gunung Berapi,
- Fried Noodle Mamak Style,
- Hainanese Chicken Rice,
- Penang Famous Char Kway Teow,
- Homemade Classic Burger,
- My Chicken Chop
- Spaghetti Aglio Olio with Prawns.
BACA : Menu A La Carte Serendah RM25 Di Coffee House, Sunway Putra Hotel
Coffee House ini terletak di tingkat 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menawarkan pelbagai hidangan Barat, Asia dan Timur Tengah, yang menarik dan tersendiri.
Bagi mereka yang menginap di hotel ini, sarapan bufet disediakan setiap hari disini, begitu juga dengan a la carte untuk makan tengahari dan makan malam (setiap hari).
Ciri lain yang perlu Bro tekanan setiap kali ingin menginap dihotel adalah kolam renang.
Ini kerana ianya port wajib bagi anak-anak Bro sekeluarga untuk bergembira dan luangkan masa bersama. Kalau tiada kolam renang nie, mahu monyok je muka memasing.
Mereka dari kecil dah set dalam minda, kalau pergi hotel kena mandi kolam renang. Lagipun, mereka masing-masing dalam fasa berlajar berenang, sekurang-kurangnya sebulan sekali kena masuk kolam renang juga.
Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur
Sebenarnya, kejutan ini bukan sesuatu yang dirancang..
Memang terkejut, sebabnya dia tak sangka laki dia pandai buat kejutan seperti ini. Biasalah, Bro nie seorang yang agak serius, pembaris dan tak pandai melawak.
Apatah lagi mengambil hati orang lain.
Memang sesuatu yang Bro sendiri tak sangka, Bro akan buat takala Bro tengah menguruskan beberapa urusan sepanjang menginap di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
Terima kasih buat pengurusan Sunway Putra Hotel terutamanya En. Rahim yang banyak membantu Bro menyediakan kejutan ini dan idea dari orang lama seperti beliau berjaya menghidupkan malam kami sekeluarga.
Kami sekeluarga, amat menghargainya.
BACA : Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5 Buat Isteri
Itu sahaja perkongsian dari Bro pada hari ini, sekiranya berminat untuk menjadikan ia sebagai lokasi penginapan anda kelak, anda boleh rujuk maklumat dibawah ini ;)
Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur
100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +60 3-4040 9888
Laman Web : https://putra.sunwayhotels.com/
Terutama kepada pihak individu yang menjayakan kejutan ulang tahun perkahwinan Bro dan isteri. Kami amat menghargainya.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Rasa macam nk tempah je hotel Sunway Putra ni..SA suka makanan yang sedap kat sini dan hotel attached to mall, boleh la bawak anak dara bermalam kat sini since cuti sekolah tak kemana- mana kan
besar sgt bilik tu bro. memang nampak selesa sgt. byk juga keistimewaan ckub suite tu ye.
serius, pembaris dan tak pandai melawak. tang ni lawak. tak sagka pandai suprise2 ni. happy anniversary bro dan isteri.
wah.. romantik ni bro. nampak selesa biliknya. apa yang lagi best boleh buat surprise untuk yang tersayang. Tahniah ya bro. Moga terus berbahagia hingga ke jannah. InsyaAllah… :)
Wow romantik juga abam bro ni hehehe dapat pergi berehat dan bersama tersayang kat hotel mewah lak tu hehehehe…
happy anniversary bro, sesekali quality time macam ni bagus sangat, selalulah happykan isteri walau bukan pada hari istimewa, orang perempuan sukakan surprise :)
Happy Anniversary bro! dapat spend anniversary dengan isteri kesayangan di samping menikmati bilik yang cantik. ini memang staycation yang berbaloi
Happy Anniversary Bro n isteri.. luas bilik nie Bro, puashati sangat kan. Romantik juga Bro buat kejutan untuk isteri ya..
Happy Anniversary Bro dan wife.. semoga berkekalan till jannah.. boleh tahan lawa dan selesa hotelnya
Besar juga bilik di bro. Sweet jugak kak ira main surprise macam ni dekat bro. Hehehe. Selamat ulang tahun perkawinan!
Tahniah Bro dan wife. Rawlins doakan agar dimurahkan rezki sekeluarga ye.
Happy anniversary bro dan iera. hehehehe. Semoga terus kuat mengharungi alam rumah tangga. 5 TAHUN dah weiii. panjang lagi perjalanan. Good luck! Hahaha
Besar nya…nampak selesa sangat ni ! Nanto nak terjah gak lah !
Happy anniversary!! Bestnya bilik tu mewah sangat. Semoga berbahagia selalu ?
Happy anniversary!! Bestnya bilik tu mewah sangat. Semoga berbahagia selalu ?
Wah bestnya dpt honeymoon kt hotel…
Biliknya pun nmpak selesa sgt. Sesuai la dengan kehadiran anak2..smabil2 tu leh wat keja kan
Tahniah bro & wife. Menarik la hotel ni. Dkt dgn mall best2. Insyaallah nk bw ank2 keep hotel ni nanti
wow. iera ni romantik kan suka bawa bro ke hotel hotel, siap ada bunga mawar bagai, tapi di mana kids huhuhuh
selamat anniversary pernikahan semoga semakin sakinah mawadah dan warohmah
Wahhh tak sangka romantik sungguh tgok pasangan ni. Moga kekal hinga ke Jannah