You are here
Home > Pengalaman > Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan ke-5 Buat Isteri di Sunway Putra Hotel

Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan ke-5 Buat Isteri di Sunway Putra Hotel

Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur
Alhamdulillah,

Walaupun last minute perancangannya, Bro berjaya juga membuat kejutan buat puan isteri sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-5.

Memang sesuatu yang Bro sendiri tak sangka, Bro akan buat takala Bro tengah menguruskan beberapa urusan sepanjang menginap di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Puan isteri, memang terkejut sebabnya dia tak sangka laki dia pandai buat kejutan seperti ini. Biasalah, Bro nie seorang yang agak serius, pembaris dan tak pandai melawak.

Apatah lagi mengambil hati orang lain.

Dia ingatkan ‘percutian’ kami sekeluarga selama 3 hari 2 malam di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur hanya sekadar hadiah ulang tahun perkahwinan. Rupanya ada udang disebalik batu.



Terima kasih buat pengurusan Sunway Putra Hotel terutamanya En. Rahim yang banyak membantu Bro menyediakan kejutan ini dan idea dari orang lama seperti beliau berjaya menghidupkan malam kami sekeluarga.

Candle Light Dinner di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Rasanya, ini merupakan kali pertama kami menikmati pengalaman Candle Light Dinner dengan suasana romantik dan lebih privasi tanpa gangguan orang lain (Tidak termasuk Candle Light Dinner sewaktu rumah blackout).

Layanan yang diberikan juga membuatkan kami sekeluarga selesa untuk menikmati saat romantik ini.

Anak pula nampak macam bagi kerjasama (bagi can) pada daddy dan ummi dia untuk beromantik sepanjang malam ini. Pandai mereka membawa diri bermain berdua tanpa ganggu saat kami berdua.

Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Tiada banyak yang dapat Bro berikan,

Sekadar sekuntum bunga dan juga belon dengan tulisan ‘Happy Anniversary’.

Biarlah nampak simple. Bak kata Encik Rahim, waktu macam ini kita kena layan isteri istimewa berbanding hari kebiasaan. Lebih-lebih lagi sewaktu ulang tahun perkahwinan.

Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur
Dekat Coffee House, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur terdapat pelbagai hidangan ala carte dengan harga bermula dari RM25.

Cuma, Bro perasan dari hari pertama Bro menginap disini, ada satu menu menarik perhatian Bro & Bro teringin sangat untuk mencubanya.

Maka Bro pilih hidangan ini untuk makan malam romantik kami.

Apakah hidangan itu?

Kari Kepala Ikan (Fish Head Curry) di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Tengok…!!!

Nampak menyelerakan bukan?

Harganya hanya RM39.90, hadir dengan set makanan untuk 2 orang. Manakala RM69.90 pula untuk 4 orang makan.

Review Bro Framestone : Pemilihan menu tidak mengecewakan. Bagi Bro, Kari Kepala Ikan (Fish Head Curry) yang disajikan disini sedap dan rasanya setanding dengan kari kepala ikan yang boleh anda dapati dari restoran nasi kandar terkemuka.

Ianya sesuai sangat bagi mereka yang menyukai makanan berkari (Curry Lover).

Rasa karinya pekat, rasa sebati dengan isi ikannya. Puan isteri amat menyukainya, dan Bro tersenyum bila nampak dia gembira menikmati hidangan yang Bro pilih.

Oleh itu,

Bro bagi 4.9 / 5 bintang untuk Kari Kepala Ikan (Fish Head Curry), menjadikan ia signature dish terbaik untuk anda nikmati di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Sebenarnya, kejutan tidak berhenti disini.

Masih ada kejutan lagi untuk puan isteri, dimana pencuci mulutnya Bro dapatkan dari Atrium Lounge. Disertakan sekali dengan tulisan “Happy Anniversary Sayang”.

Simple je kan.

Tak reti nak karang ayat jiwang-jiwang + bunga-bunga untuk si dia.

Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Sebenarnya, puan isteri agak kepenatan sepanjang hari ini.

Dia juga tak menjangkakan ada kejutan seperti ini. Ingatkan sekadar makan malam seperti kebiasaan kami, maka dia berpakaian simple-simple je.

Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Alhamdulillah,

Semuanya berjalan lancar.

Terima kasih sekali lagi buat pengurusan Sunway Putra Hotel terutamanya En. Rahim yang sentiasa whatsapp Bro mengenai perkembangan persediaan untuk kejutan ini.

Tidak lupa juga kepada kedua-dua permata hati Ummi & Daddy sebab sudi bagi can pada kami berdua menikmati masa bersama.

Coffee House @ Sunway Putra Hotel
Level 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Waktu Peniagaan : 6.00 Pagi – 10.30 Malam
Laman Web : http://putra.sunwayhotels.com/dining/coffee-house

Untuk tempahan, boleh hubungi +603 4040 9888 atau email ke spkl.dine@sunwayhotels.com

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan ke-5 Buat Isteri di Sunway Putra Hotel

  1. Alah sweet.. Nama pun suprise ye tak bro?
    Hehehe…
    Nampak sedap betul kari dia, harga pun lagi murah daripada sesetengah mamak kat KL punya kari kepala ikan…
    Boleh cuba ni…

  2. Happy anniversary . Semoga bahagia hingga ke jannah .semoga terus kuat menempuh alam rumah tangga . Walaupun suprise yang simple2 . Tapi isteri bro tetap suka . Ingat tarikh istimewa

  3. Wah…so sweet…..sye dulu pun suka hotel ni..location sgt strategic and harga berpatutan hehe
    P/s: next year nak buat mcm ni la hahhaa

Leave a Reply

Top