Apa plan anda tiap kali tibanya cuti sekolah mahupun cuti umum? Ada terasa nak turun Genting Highland bersama kawan-kawan atau keluarga tak?
Jika ada, hari ini Bro ingin memperkenalkan Hotel On The Park, Genting Highland yang pernah viral beberapa minggu sudah di laman sosial.
Apa yang menariknya tentang hotel ini?
Mestilah ada sesuatu yang menarik, kalau tidak macam tak berbaloi je bawa family Bro bercuti dan menginap di sini. Boleh nampak keterujaan anak Bro bila pertama kali melangkah masuk ke dalam bilik hotel.
Kenapa Bro kata mereka teruja bila datang ke sini? Jom kita lihat bilik Bro sewaktu menginap di Hotel On The Park, Genting Highland.
Keunikan Hotel On The Park, Genting Highland Yang Mesra Keluarga
Nampak menarik tak bilik Bro sewaktu menginap di sini?
Apa yang korang perasan tentang bilik ini? Nampak lebih luas dan lapang bukan?
Bilik ini hanya seluas 300 kaki persegi tapi mampu memuatkan sehingga 6 tetamu dengan 3 katil bersaiz Queen dalam satu-satu masa.
Lebih ketara lagi, bila jumlah perabot dengan rekaannya menjadikan penggunaan ruang yang amat minima. Sekaligus memberi keselesaan kepada semua penghuninya.
Pemandangan dari katil sebelah atas.
Memang rezeki dapat duduk bilik yang selesa seperti ini. Anak Bro memang teruja sangat, siap jadikan katil sebelah atas sebagai port mereka untuk bermain masak-masak.
Bagi tak nampak bilik ini terlalu kosong, beberapa perabot hadir dalam bentuk lukisan yang agak menarik dan cute. Langsir dia pun siap ada lukisan guna kapur pada papan hitam.
Eh, yang melekat dekat dinding itu bukan lukisan tau. Tapi itu adalah TV sebenar, yup TV sebenar.
Untuk pengetahuan korang,
Sebelum ini Hotel On The Park kelolaan Resorts World Genting dulu dikenali sebagai Theme Park Hotel yang diubahsuai untuk menampung lebih tetamu yang menginap disini tanpa mengurangkan jumlah biliknya.
Merupakan hotel tertua di Genting Highland dimana ianya dibina pada tahun 70-an dan dikenali sebagai Highlands Hotel sebelum ditukar nama kepada Theme Park Hotel bila taman tema dibina disebelahnya.
Walaupun ia bangunan lama dengan rekaan agak ‘old school’, dengan pemberiaan nafas baru menjadi Hotel On The Park ini lebih mesra keluarga dan penggunaan ruang secara optimum bagi menampung lebih tetamu walaupun jumlah bilik masih kekal – 448 buah.
Semua ini sebagai persediaan sebelum Taman Tema Twentieth Century Fox World dibuka tidak lama lagi.
Hotel on the Park
Genting Highlands, 69000 Bentong, Pahang, Malaysia
Tel : +603-6101 1118
Untuk maklumat lanjut mengenai Hotel On The Park, anda boleh layari laman web www.rwgenting.com.
Bestnya cantik betul hotel ni. Nanti kalau nak menginap dengan family boleh booking hotel on the park je.
Yup. memang sesuai sangat jika menginap bersama keluarga. Ada plan nak bawa keluarga datang bercuti dekat sini. Tapi nanti la ek
Bestnya dpt review hotel selalu…tp siyes hotel ni cantik giler…kalau nak honeymoon bleh ke kat sini?sesuai x?
Eh kebanyakan hotel yang direview kita keluar duit sendiri hahaha honeymoon? xsesuai kecuali dengan kita je….
Sesuai untuk yang ramai anak cam akak nih, satu kuarga duk satu bilik, masing2 ada katil, tak yah nak bentang toto atas lantai haha
Yup, tapi risau gak anak dari katil atas lompat ke katil bawah hahaha… Memang memang menarik sangat
ramai jgk blogger gi genting kan. konpius lak nk pilih duk hotel mana hehee semua nampak best
Ada banyak je hotel disekitar sana. Cuma kena pandai pilih je.. If nak jimat sangat risau dapat bilik kecil sampai anak pun tak selesa nak duduk sama
Wow bestnya tengok hotel ni cantik teringin nak tido sana sapa nak ajak kita hehehehe nanti akan sampai juga…
Insya’lah kahwin nanti, ajak la pasangan honeymoon dekat sana ;)
Memang best dok kat hotel on the park ni, ceria je. Harap2 dapatlah lagi duduk kat sini
Nanti kita g honeymoon dekat sini ek kak ;)
Wah best gila…
Teringin sgt2 nak bwak ank2 mkn angin kt GH ni..
Yg sebenarnya mak depa ni pun xpernah pi lagi…
Hahhahah
Nt naik genting boleh cuba hotel ni. Sgt simple dan menarik. Suka tgk hiasan dalaman dia.
bestnya pi genting, lama kot tak ke genting
Wahh… Perasan juga ramainya blogger yang pergi. Jeles sangat sebab cantik!!! ?
Menarik bilik hotel dengan lakaran yang ringan dan santai.
Haritu masa cuti raya haji nak try book,sekali full! Hahaha..so next time la book …. suka deko bilik dia yang lain dari yang lain tu.
wahh seronok ni broo. mcm nak coti coti je.
Best Wei dapat menginap kat the park hotel nie. Saya memang menunggu peluang pergi aje dgn anak.