You are here
Home > Jalan Cari Makan > Menu A La Carte Serendah RM25 di Coffee House, Sunway Putra Hotel

Menu A La Carte Serendah RM25 di Coffee House, Sunway Putra Hotel

A La Carte Specials Coffee House, Sunway Putra Hotel

Menu A La Carte bagi hidangan antarabangsa mahupun tempatan serendah RM25 di Coffee House, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

Biar betul?

Coffee House, yang terletak di tingkat 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menawarkan pelbagai hidangan Barat, Asia dan Timur Tengah, yang menarik dan tersendiri.

Restoran ini menyajikan sarapan bufet setiap hari (terutama bagi mereka yang menginap di Sunway Putra Hotel), a la carte untuk makan tengahari dan makan malam (setiap hari) dan juga pelbagai menu set (makan tengah hari setiap hari).

Baru-baru ini mereka telah memperkenal beberapa menu A La Carte terbaru seperti;-

  • Lobster Cantonese Noodles,
  • Nasi Lemak Gunung Berapi,
  • Fried Noodle Mamak Style,
  • Hainanese Chicken Rice,
  • Penang Famous Char Kway Teow,
  • Homemade Classic Burger,
  • My Chicken Chop
  • Spaghetti Aglio Olio with Prawns.

Sepanjang kami sekeluarga menginap disini, Bro ada mencuba beberapa menu terbaru mereka ini. Antaranya,

A La Carte Menu at Coffee House Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Lobster Cantonese Noodles – RM44 (Harga sebenar)

Menu sesuai bagi peminat makanan laut (seafood) dimana anda boleh menikmati Lobster pada harga RM25 berbanding harga sebenarnya RM44.

Pasti berbaloi-baloi dan lebih penjimatan.

A La Carte Menu at Coffee House Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Hainanese Chicken Rice – RM29 (Harga sebenar)

A La Carte Menu at Coffee House Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Spaghetti Aglio Olio with Prawns – RM32 (Harga sebenar)

Kesemua menu ini juga akan disajikan sebagai Set Menu Makan Tengahari pada harga menarik RM25 nett set (setiap hari dari 11 pagi hingga 10:30 malam).

Setiap menu ini disertakan sekali dengan pencuci mulut pilihan bersama secawan kopi atau teh.

Coffee House @ Sunway Putra Hotel
Level 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Waktu Peniagaan : 6.00 Pagi – 10.30 Malam
Laman Web : http://putra.sunwayhotels.com/dining/coffee-house

Untuk tempahan, boleh hubungi +603 4040 9888 atau email ke spkl.dine@sunwayhotels.com

A La Carte Menu at Coffee House Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Next time, jika Bro menginap di sini lagi, boleh kami cuba menu-menu yang lain pula ;)

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Menu A La Carte Serendah RM25 di Coffee House, Sunway Putra Hotel

  1. Saya tak bosan lihat blognya kak su. Banyak makanan yang buat lidah saya gemetar ingin coba. hehe :D
    kalo ada waktu , saya pengen liburan ke malaysia bareng kak su :)

  2. Boleh tahan juga harga asalnya mencecah RM50. Dah ada promosi ni bolehlah nak makan lobster noodles. Nasi Lemak Gunung Berapi macam menarik. Adakah sambal nya pedas giler? Hehe

  3. I like the food that serve at Coffee House. The taste, quality and food are good. Hygiene is super good. Recommended place for dinning

  4. Lobster???? Sedap tp pengalaman mkn lobster kepala pusing2 sebab terlebih makan hahahaha..mesti try Kat coffee house ni..mur2 dan mampu milik hihihi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top