Tanda-Tanda Rezeki Yang Berkat


Masa seharian kita dihabiskan untuk mencari rezeki.

Celik mata, bersiap pergi kerja, tersangkut dalam kesesakan, dimarahi bos/klient, pulang dalam kesesakan lalu lintas, sampai rumah penat.

Dan itu antara rutin yang kita lakukan seharian. Dimana pada hujung bulan kita dibayar gaji atas apa yang kita lakukan selama sebulan ini.

Tetapi pernahkah anda merasakan rezeki yang anda dapat itu berkat? Sedangkan anda tahu rezeki itu hasil titik peluh anda selama ini.

Disini Bro akan kongsikan beberapa petanda rezeki yang kita perolehi adalah diberkati :-

  1. Hati semakin dekat dengan Allah dan jiwa menjadi tenang.
  2. Kita mudah memberi sedekah dan menunaikan zakat
  3. Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang
  4. Sentiasa merasa cukup dan syukur.

Ramai je yang mempunyai pendapatan banyak, tetapi kurang masa untuk mendekatiNya. Jiwa pula nampak berserabut dan hati tidak tenang setiap hari.

Belum lagi kes yang bergaji banyak, tetapi susah nak memberi sedekah atau menunaikan zakat. Duit terasa macam tak cukup je walaupun gaji yang diperolehi sudah dianggap mencukupi jika dibandingkan dengan orang lain.

Keluarga pun tunggang langgang, pelajaran yang anak pelajari sukar nak melekat dalam minda mereka.

Bicara Bro : Dulu Bro pernah terasa seperti rezeki yang Bro perolehi tidak berkat.

Walaupun perkerjaan itu nampak stabil dan mantap. Gaji yang bro perolehi datang dari dana yang merupakan duit rakyat. Dari dana itu digunakan untuk membayar gaji Bro.

Pepaham je la kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Antara Top Blogger - Travel, Parenting dan Lifestyle di Malaysia. Berkerja sebagai Social Media Executive dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Peniagaan. Mempunyai seorang isteri dan seorang anak (belum plan nak tambah lagi)

30 pendapat tentang “Tanda-Tanda Rezeki Yang Berkat

  1. assalamualaikum bro…info yg menarik dan memang betul kekadang kena juga bersyukur walaupun berada di dalam kesempitan…:)

  2. As-salam,
    Benar. Ketenangan dan Keserabutan dalam hidup membantu kita mengenalpasti apakah kesalahan/kebaikan yang perlu diambil atau diperbetulkan. Semoga kita semua menjadi muslimin/mat yang peka dan memperolehi rezeki yang berkat.
    Jemput ke blog saya. Semoga lebih rahmat apabila tetamu datang…InsyaAllah.

  3. Setuju dengan entri ni.

    Kadang-kadang manusia leka bila sibuk mencari duit.

    Pernah dengar Kualiti vs Kuantiti?

    Sama dengan konsep KEBERKATAN rezeki. Lebih baik kita cari rezeki yang berkat dari berlumba mencari kekayaan tetapi lupa pada ALLAH yang memberi kita kesenangan. BERSYUKURLAH.

    Istiqamah dalam bersedekah. Bayar zakat bila cukup haul. In Shaa Allah rezeki anda tidak akan putus. (Rezeki tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit)
    Que recently posted..[HOT] SEMINAR PELABUR UNDERGROUND 2013 | DISKAUN HEBAT UNTUK PENDAFTAR TERAWAL

  4. gaji yang berkat kadang2 bukan disebabkan dari mana duit itu datang tapi dari usaha kita sendiri. mcm kerajaan bayar ke kita, adalah hasil usaha kita bekerja untuk mereka. so, dari mana kerajaan dapat duit itu utk membayar kita tak perlu kita risau, sebab tu bukan masalah kita. kita tak tanggung apa2 :)

  5. betul tu bro. kalau rasa gaji tak cukup tu mesti ada something yang tak kena. sebab tu kadang-kadang orang dengan gaji 1k pon dah cukup untuk menyara keluarga dengan bahagianya. semuanya berpunca dari sumber :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge