October 8, 2024

Tazkirah : Perbezaan Isteri Dengan Perempuan Simpanan

wanita berkerjaya suami mati pucuk
Jangan sesekali samakan atau bezakan isteri sendiri dengan perempuan simpanan walaupun mereka sudah bergelar isteri kedua ketiga dan keempat anda.

Semulia seorang wanita bila dia diambil sebagai isteri dan melahirkan zuriat yang soleh/solehah buat anda.

Terbaca satu perkongsian di laman Facebook (dan bro kongsikan di blog ini) untuk renungan bersama.

Perbezaan Isteri Dengan Perempuan Simpanan :-

1- Bentuk Tubuh Badan.

En Suami : Ustaz.. Perempuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tetapi isteri saya gemuk.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya.

2- Kemanjaan.

En suami : Tapi ustaz perempuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang-kadang garang.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu.

Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu.

3 – Ambil Hati.

En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti perempuan simpanan saya..

Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka.

Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dengan perempuan simpanan kamu itu.

4- Hargai Isteri Seadanya

En suami : …. tapi kan ustaz….

Ustaz : Camni lah… kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur seperti awak.

Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia bole memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia.

Suami Isteri Berlainan Fahaman Politik

Bicara Bro : Gua sayang isteri gua dan juga mereka yang teringin nak jadi isteri gua (jika diizinkan).

Baik dibuat isteri dari hanya dijadikan sebagai perempuan simpanan. Baru nampak apa yang dinyatakan oleh ustaz diatas kena dekat hidung sendiri.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Tazkirah : Perbezaan Isteri Dengan Perempuan Simpanan

  1. Ada je my fren yg dh sah nikah but she is the 2nd one…but mmg kesian bila first wife duk jaja citer madu dia ppuan simpanan. .kesian…semoga my friend tabah..amin..

    1. Macam mana la nak dapat payung emas kalau dok menjaja keburukan madu sendiri.

      Ianya sama seperti menyebarkan aib si suami juga… Ish..23x moga bro dijauhkan dari isteri2 macam nie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *