Perkahwinan bukannya satu permainan.
Perlu sentiasa bermain tarik tali. Bermain dengan permainan “Yes” “No” or “Maybe”. Permainan “Hide and Seek”.
Walaupun ada yang berkata, dalam perhubungan pasti ada pasang surutnya. Dan kadangkala dilanda Tsunami.
Di situ, hati mudah goyah. Adakah dia jodohku. Dengan apa yang dia/aku lakukan, mampukah hubungan ini bertahan sehingga keakhir hayat?
Ataupun hubungan yang terjalin hanya untuk mengisi kekosongan dalam jiwa.
Maka jangan anda ungkapkan istilah nak berkahwin dengan pasangan anda walaupun anda sendiri bajet lagi 5-6 tahun lagi baru nak berkahwin.
Dalam waktu 5-6 tahun itu akan menjadi tempoh berharap pada mereka. Walaupun pada akhirnya anda juga memungkiri janji.
Bicara Bro : Lelaki kahwin lambat xde hal. Perempuan kahwin lambat, orang akan mengata. Baik tutup aibnya dengan mengahwininya. Supaya orang lain tak mengata.
Tazkirah hari ini :)
lelaki sila kumpul duit cepat2 utk pinang si dia. gadget iphone 5 tak beli pun takpe. kahwin dulu. dapat elak buat dosa dan byk lagi faedah dan kebaikan dalam perkahwinan ni. lepas dh kahwin nak habis duit untuk iphone 10 pun takpe.
takpun suruh bini jadi ‘iphone’.. sentuh2, belai2 ‘iphone’ tu.. hee
Bini boleh jailbreak x? buat iCloud untuk backup or main angry birds.
iPhone hanya keinginan.
isteri pulak keperluan dalam melengkapkan hidup ini. Yang penting, ada sijil halal.
assalamualaikum bro…betul tu kalau dah ada kemampuan eloklah disegerakan kerana dgn cara itu dpt mengelakkan semua perkara yg kurang elok…
bila sudah melalui fasa perkahwinan itu pasti sudah ada matlamat yang perlu dalam kehidupan kita ini oleh itu cekal dan tempuhilah semua masalah yg dtg bersama2 yer…:)
w’salam
Alhamdulillah bro diberi kemampuan untuk menyegerakan.
Now, rasa macam lebih murah rezeki dari sebelum ini.
kalau kita suka sama suka, terus ikat dengan ikatan perkahwinan. tentang perbelanjaan, insha-Allah ada jalannya. bawa berbincang kedua-dua keluarga, buat majlis yang sederhana.
ingat! perkahwinan adalah ibadah & sunnah Rasulullah S.A.W. pahala berganda bagi mereka yang berkahwin.
Betul tue Farid.
Alhamdulillah bro telah dipermudahkan olehNya dan mudah mendapat restu keluarga
Gua rasa nak kawin lagi 1 lah bro..
Boleh, sila kan…. Tiada masalah :)
selamat melayari bahtera baru bro! jadilah seorang nahkoda yang terbaik..:)
Tak nak kes Titanic berulang lagi
betul tu bro..den sangat2 setuju.. kita kahwin lambat takpe, yang perempuan tu kesian menunggu kita
Tue la Boni, ramai yang tengah menunggu mu tue…
kumpul sikit-sikit, dah cukup baru kahwin. Kalau tak ada duit, buat je sekadar termampu .. :D
terlebih cukup, kahwin lagi he..23x eh la la lala lala
Buat sederhana pun cukup. Sometimes, kira ikhlas niat untuk berkeluarga, di saat2 akhir InsyaAllah rezeki yang tak disangka akan muncul.
Betul tue….
Ramai yang xbersedia nak kahwin sebab masalah kewangan.
Kalau berkahwin kita telah pun mengikut sunnah Nabi. Nabi sukakan umatnya yang ramai.
Tapi ramai yang meramaikan dengan cara yang haram dan dilahirkan secara haram atau dibuang secara haram.
bagaimanakah itu kan
selamat penganti baru
*sempat lg kan? hehe
kalau tak mampu nak kawin pun, tetap boleh kawin sbb FD dengar ada nikah khitbah. hehe :D
Nak post hadiah pun masih sempat lagi FD…
utamakan yang wajib. Nikah itu wajib diutamakan bagi menghalalkan satu perhubungan.
Majlis perkahwinan itu elok dipermudahkan dari membebankannya
hehe hadiah? takde duit lg ni and tak tahu nak bagi apa :p
hee okay2 :D
Wah… kaler baju pengantin perempuan amat menyerlah! :D
Tau xpe, rasanya tersilap amik baju pengantin lelaki he..23x
permainan ketika sudah berkhawin nih lain, persediaan fizikal dan mental sangat penting…
He..23x thank untuk nasihat itu. Akan dipersediakan fizikal dan mental untuk permainan ini.
Tahniah bro dah kahwin…bile nak tambah ahli keluarga dgn anaknya bro..hehe
Thank. Kena tunggu ada rezeki.
Ini pun baru nak mulakan hidup baru :)
betul kan bro, setiap yang kita nak buat ke arah kebaikan tu, ada ganjarannya dan Allah akan permudahkan.
Betul tue mastura.
Sejak bro dah kahwin, makin murah rezeki bro sekeluarga.
pehh..sejak lu kahwin..rajin lu cerita bab kahwin ye. hehe..
Tak kan nak cerita pasal usha anak dara orang karang he..23x
kalau tsunami sekali pun mesti ada jalan penyelesainya. moga bro suami yg terpuji, insyaAllah
Jika nak harungi tsunami. Kena pasang alat pengesan amaran awal.
moga bahagia hingga keakhir hayat bro..