March 20, 2025

Shell App Tawar Pengalaman Baru Mengisi Minyak di Shell

Pelancaran Shell Apps

Shell Malaysia telah melancarkan aplikasi mudah alih Shell App, yang direka untuk menaik taraf pengalaman mengisi minyak di Shell dengan membolehkan pembayaran yang lebih selesa dari dalam kereta.

Dilengkapi sistem pengesahan keselamatan 3-D Secure, Shell App merupakan aplikasi pembayaran minyak yang pertama di negara dengan perlindungan keselamatan tambahan sebagai jaminan kepada pengguna untuk pengalaman yang lebih selesa dan bebas daripada ancaman penipuan siber.

“Sinonim dengan syarikat kami yang sentiasa berinovasi dalam menawarkan penyelesaian mobiliti baharu, Shell App berfungsi sebagai komponen penting dalam meningkatkan kualiti pengalaman pelanggan di Shell.

Shell App bukan hanya memudahkan pelanggan kami untuk membuat pembayaran minyak dengan lebih selamat dari dalam kereta, malahan memastikan perjalanan mereka lebih mudah dan memberi lebih ganjaran.” – Seow Lee Ming, Pengurus Besar, Mobiliti, Malaysia.

Shell Apps Launching

Anda kini boleh menebus bahan api atau croffle kegemaran sambil mengumpul mata ganjaran dengan Shell App.

Menerusi integrasi BonusLink di dalam Shell App, pelanggan kini boleh mengumpul mata BonusLink daripada 3,000 peniaga, pada masa yang sama tebus ganjaran eksklusif dari Shell.

Memahami keperluan pelanggan yang pelbagai, aplikasi ini turut menawarkan promosi dan tawaran yang diubah suai mengikut cita rasa mereka. Pengguna Shell App juga boleh memantau setiap perbelanjaan dan mata BonusLink yang terkumpul dalam aplikasi ini.

Rewards Shell App

Shell App turut dilengkapi dengan kelebihan untuk meninjau lokasi stesen-stesen Shell berdekatan serta fasiliti dan kemudahan yang tersedia seperti surau, ATM, Shell café atau pusat cuci kereta untuk kemudahan pengguna.

Shell App kini boleh digunakan di 650 stesen minyak Shell dan aplikasi lengkap ini dijangka tersedia di seluruh negara menjelang akhir tahun 2023.

Muat turun Shell App di Apple App Store dan Google Play Store sekarang dan nikmati pelbagai kemudahan, ciri keselamatan canggih dan ganjaran menarik di hujung jari anda.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.shell.com.my.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *