Bro berkesempatan untuk sertai Larian ‘Go Aktif dengan Daia’ di Eco Grandeur, Puncak Alam anjuran Daia dengan tema “Go Aktif dengan Daia”.
Acara ini berjaya menarik penyertaan lebih 3,300 peserta, menyajikan hari yang penuh dengan aktiviti menarik yang menggalakkan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal bersama-sama.
Tumpuan utama acara tersebut ialah Daia Hijab All Day Freshness, penyelesaian berinovasi yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pemakai hijab dan keluarga mereka.
Acara ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Duta Jenama rangkaian produk Daia, Lisa Surihani.
Boleh diakatakan acara Larian ‘Go Aktif dengan Daia’ ini sangat menggembirakan apabila melihat begitu banyak keluarga hadir bersama-sama bagi meraikan gaya hidup aktif sambil menikmati detik-detik gembira dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Yuran Penyertaan RM15, Berbaloi Untuk Seisi Keluarga
Bro antara peserta terawal yang mendaftar untuk sertai acara ini. Lagipun, dah lama sangat tak jejak kaki di Bandar Puncak Alam.
So Bro gunakan peluang ini untuk datang dan melihat sendiri perkembangan terkini Bandar Puncak Alam, memang jauh berbeza dengan 3-4 tahun dahulu.
Yuran penyertaan hanya RM15 seorang, manakala bagi kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma (mereka hanya dapat tshirt larian sahaja).
Dengan yuran RM15 ini, bukan sahaja peserta akan dapat tshirt larian bahkan goodies bag dengan barangan dari penaja bernilai lebih RM60.
Bagi Bro, memang berbaloi sangat la.
Ini merupakan larian pertama yang dianjurkan oleh pihak Daia. Diharapkan mereka akan anjurkan acara seperti ini dimasa akan datang.