Alhamdulillah Bro berjaya sertai dan tamatkan 5km untuk acara Ramadan Run 2024 yang berlangsung di Dataran DBKL semperna KLCFM.
Siapa kata, bulan puasa yakni bulan Ramadan membataskan urusan kita untuk sertai acara larian dengan erti kata lain beriadah. Bro dan beberapa rakan-rakan lain berjaya buktikan menyertai acara ini.
Ramadan Run 2024 menawarkan pengalamn buat peserta untuk sertai sama ada berlari atau berjalan untuk jarak 3km atau 5km.
Ikut plan asal, Bro nak buat 3km sahaja. Sebab dah beberapa minggu gantung kasut.
Malangnya Bro telah diracun sewaktu dipersimpangan antara 3km mahupun 5km.
Korang boleh tonton video ini, jika nak kenali siapakah insan yang telah meracuni Bro untuk tamatkan larian sejauh 5km (bukan lari pun, banyak jalan je)
Walaupun kali ini, Bro sertai larian tanpa costum samurai.
Masih ramai kenalan mahupun rakan-rakan runner yang lain mengenali Bro. Terima kasih korang sebab sudi bertegur sapa dan bergambar bersama. Harap dilain masa, dapat bersua lagi.
Bulan suci Ramadan adalah salah satu daripada lima rukun Islam dan peluang besar bagi semua umat Islam untuk membersihkan fikiran, badan, hati, dan jiwa dengan berpuasa dan berdoa kepada Allah SWT. Ramadan bukan sahaja untuk berpuasa, tetapi juga semua umat Islam hendaklah mengabdikan diri kepada pengorbanan diri seperti menahan diri daripada minum atau makan dan keperluan fizikal, memohon ampun atas kesalahan mereka, dan mengabdikan diri kepada Allah.
Menariknya,
Setiap peserta yang menamatkan larian, akan menerima sekotak air kelapa dan juga kurma untuk dibawa balik.
Acara menjadi lebih meriah waktu cabutan bertuah. 1st time Bro sertai cabutan bertuah time ramai belum balik lagi. Kalau tidak, setiap kali cabut ada je sautan, ‘Balikkkkkkkk…!!!’
Medal untuk setiap peserta yang berjaya tamatkan Ramadan Run 2024!
Apa-apa pun tahniah Bro ucapkan kepada semua peserta yang menyertai dan memeriahkan acara Ramadan Run 2024 ini.
Akhir kata, selamat menyambut Bulan Ramadan buat semua rakyat Malaysia!