May 19, 2024

SUPER™ Klasik Baharu: Kopi Hitam Segera, Cita Rasa Rakyat Malaysia

SUPER™ Klasik Baharu

Berita baik buat pengemar kopi hitam!

SUPER™ kini memperluaskan penawarannya dengan SUPER™ Klasik, kopi hitam segera yang diperbuat daripada 100% biji kopi Robusta untuk menghasilkan kelazatan kopi yang padu namun halus dan beraroma.

SUPER™ Klasik merupakan tambahan terkini kepada rangkaian SUPER™ di mana ia bertujuan untuk memenuhi permintaan dinamik yang sentiasa berubah daripada peminat tegar kopi serta peminum teh dan bijirin berkualiti.

Pelancaran SUPER™ Klasik menggambarkan komitmen SUPER™ untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia dengan menyediakan minuman yang mudah dan menyegarkan.

“Kopi segera di Malaysia bukan sahaja digemari sebab fungsi kemudahannya. Dengan jadual harian yang sibuk, kita perlukan kopi yang pekat mengancam dan berperisa untuk membangkitkan semangat untuk mengharungi cabaran harian.

Secawan kopi yang sempurna adalah apa yang diperlukan untuk menyemarakkan perbualan sambil mengekalkan kesegaran sepanjang hari.” – Fiona Tan, Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, pemilik jenama Kopi SUPER™.

Shuib Duta SUPER

SUPER™ juga telah melantik Shuib sebagai duta rasmi jenama – beliau merupakan seorang individu yang bekerja keras dan berkongsi cabaran yang sama seperti setiap rakyat Malaysia.

Shuib menguruskan tanggungjawab sebagai bapa kepada empat anak kecil sambil bekerja sebagai pengacara radio dan usahawan.

Peraduan ‘Semarakkan Hari Malaysia’

Peraduan ‘Semarakkan Hari Malaysia’

Sempena Hari Malaysia, SUPER™ sangat teruja untuk mengumumkan peraduan ‘Semarakkan Hari Malaysia’ yang akan
bermula pada 16 Ogos – 30 September 2023.

Peraduan ini menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti Modenas Dominar D250, sesi makan-makan eksklusif bersama Shuib, dan baucar beli-belah bernilai RM21,000.

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli mana-mana satu produk SUPER™ (tertakluk pada terma dan syarat), kemudian hantarkan resit pembelian anda ke sini: https://tinyurl.com/2va5ttxv

SUPER™ Klasik yang terbaharu ini kini boleh didapati di peruncit utama di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang Kopi SUPER™ dan barisan produk, kemas kini dan promosi terkini, sila layari Halaman Facebook: https://www.facebook.com/supermalaysia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *