June 28, 2022

Program Legasi Perkongsian Durian Patuh Syariah Pertama di Malaysia oleh LKE Group

Program Legasi Perkongsian Durian Patuh Syariah Pertama

LKE Group Sdn Bhd (LKE) memperkenalkan LKE Musang Queen, program Legasi Perkongsian Durian Patuh Syariah yang pertama di Malaysia yang dinamakan sebagai ‘Phase 5: NanasX’.

Ia telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertanian (DOA), YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan.

Sempena program ini, LKE Group Sdn. Bhd (LKE) bekerjasama dengan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC) demi menjalankan kajian terhadap kaedah yang paling efektif untuk membesarkan dan menjaga pokok durian secara saintifik sebagai usaha untuk meningkatkan industri dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi ideal untuk pengeksportan durian secara global.

Dengan peningkatan permintaan untuk durian premium, LKE Musang Queen membolehkan para rakan kongsi mengakses pasaran melalui tanah pegangan bebas seluas 200 ekar di Manchis, Bentong, Pahang dan kini di fasa lima bagi penghasilan durian Blackthorn dan Musang King membabitkan kawasan seluas lima ekar.

Ini hanya dibolehkan kepada bakal rakan kongsi setelah pokok di dalam kawasan terbabit mencapai usia 1 tahun atau lebih dan mempunyai infrastruktur yang secukupnya. Ini menunjukkan ketelusan dan pada masa yang sama mengurangkan risiko yang diambil para rakan kongsi.

Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Group Sdn Bhd Jeremy Chin mengumumkan komitmen syarikatnya untuk mempamerkan kebolehpercayaan dengan mematuhi undang-undang syariah.

“Di LKE, kami telah mengambil pelbagai langkah untuk membina kredibiliti dan ketelusan di dalam operasi antaranya pematuhan syariah. Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa LKE Musang Queen adalah program perkongsian durian legasi patuh syariah pertama di Malaysia, sekali gus memberi kelebihan kepada para rakan kongsi kami.

Projek ini mempunyai 20 fasa dengan setiapnya mempunyai saiz yang berlainan dan kepelbagaian durian premium, ia hanya ditawarkan kepada rakan kongsi setelah pokok dalam kawasan terbabit mencapai usia satu tahun atau lebih dan mempunyai infrastruktur yang secukupnya, ini menunjukkan ketelusan dan pada masa yang sama mengurangkan risiko yang diambil para rakan kongsi,”

Ladang Durian LKE Group
Pokok durian Musang King yang ditanam pada fasa terawal.

LKE turut mengumumkan kerjasama bersama TARUC untuk menjalankan program kajian menggunakan sampel tanah untuk menyelidik kesan pembolehubah terhadap perkembangan dan kesihatan pokok durian.

Melalui program ini, LKE berniat untuk memahami dengan lebih menyeluruh kaedah saintifik yang terbaik untuk membesarkan dan menjaga pokok durian dengan harapan untuk menemukan kaedah baru sekaligus membangunkan industri secara menyeluruh.

Dengan ini, Malaysia mampu untuk memenuhi permintaan durian untuk pasaran global secara efektif, di mana ianya dijangka mencecah USD30 billion menjelang 2025.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Legasi Perkongsian Durian Patuh Syariah ini, ada boleh layari https://www.lkegroup.com.my/lke-musang-queen/.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *