Karnival Larian Amal MRCA 2017 bakal diadakan pada 26 November 2017 di OneCity, Subang Jaya bertemakan ”Prihatin, Kongsi & Lari” (Care, Share & Run).
Acara ini telah memasuki tahun ke-4 penganjurannya oleh Persatuan Peruncit-Rantaian Malaysia (MRCA),
dengan kerjasama McMillan Woods, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama dengan para peruncit utama.
MRCA mensasarkan seramai 3,000 hingga 5,000 pelari tahun ini dan mampu mengutip dana lebih dari RM 100,000 untuk diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih.
Bersempena dengan acara larian ini, karnival kanak- kanak turut diadakan pada hari yang sama. Seramai 500 orang
anak-anak yatim dari pelbagai rumah kebajikan akan dijemput untuk menyertai karnival ini yang turut dimeriahkan dengan pelbagai permainan, persembahan dan acara ’cosplay’.
Acara tahun ini akan diserikan dengan penyertaan ramai personaliti seperti Amber Chia, Carrie Lee, Debbie Loo, Amelia Lee, Janice Choong, Crystal Lee dan Owen Yap sebagai duta larian.
Menurut Dato’ Choi Wei Yee, selaku Pengerusi Penganjuran Karnival Larian Amal MRCA 2017 ini, hasil kutipan akan diagihkan kepada Rumah Charis, Angel Homes, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Mata Air Kehidupan Selangor, GoodKids, Juara Home, Ace Lighthouse Academy Bhd, Kiwanis Club of Kluang Mandarin, Home of Love, Rumah Sayangan, Persatuan Insan Istimewa Cheras, Good Samaritan Homes dan lain-lain lagi.
“MRCA amat komited untuk melabur kepada masyarakat tempatan dengan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial
korporat (CSR).
Kami percaya yang acara ini menyediakan platform yang baik kepada masyarakat untuk berhubung sambil beramal dan kami pasti bahawa dengan komitmen rakyat Malaysia terhadap masyarakat, kami akan mencapai sasaran kami”
34 Trofi Dipertandingkan Bagi Setiap Kategori Karnival Larian Amal MRCA 2017
Para peserta berpeluang untuk merebut 34 buah trofi yang disediakan melalui kategori: Terbuka Lelaki (10.8km), Veteran Lelaki (10.8km), Terbuka Wanita (10.8km) dan Veteran Wanita (10.8km).
Terdapat juga kategori larian tanpa saingan (non-competitional), Lelaki 5.3km dan Wanita 5.3km dimana para peserta berlari secara riadah bersama kategori Larian Berpasukan (Team Run).
Kategori ini memerlukan 4 orang peserta untuk membentuk satu pasukan. Setiap ahli pasukan akan berlari sejauh 900 meter secara berganti-ganti.
Yuran Penyertaan Karnival Larian Amal MRCA 2017
- Kategori 5.3km – RM65 (penyertaan awal berharga RM55)
- Kategori 10.8km – RM75 (penyertaan awal berharga RM65) dan harga biasa RM75
- Kategori berkumpulan – RM1590 untuk setiap kumpulan.
Pendaftaran untuk Karnival Larian Amal MRCA 2017 telah dibuka di laman sesawang www.racexasia.com (MRCA Charity Run 2017) dan akan ditutup pada 20 November 2017.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Kalau tak preggy boleh juga join RUN ni..
Tue la, bro pun preggy juga la nie… dah bertahun dah hahahahaha