Tak tahu nak makan di mana hari ini? Malas pula nak keluar pejabat atau rumah semata-mata nak cari makanan? Bosan pula nak order fast food?
Apa kata anda cuba hidangan yang lebih sihat dan menyelerakan dari Epic Fit Meals Co. dimana mereka juga menyediakan perkhidmatan delivery terus ke pejabat / rumah anda.
Terdapat pelbagai hidangan berasal dari Melbourne, dari Ayam, Burger, Pizza hingga kepada Burrito dijual di Epic Fit Meals Co.
Ia bukan sahaja halal (Epic Fit Meals Co. punyai sijil halal dari JAKIM) bahkan menggunakan bahan segar dan semulajadi, dimasak tanpa menggunakan minyak.
Hidangan hanya akan disediakan bila ia menerima tempahan, maka anda tidak boleh samakan Epic Fit Meals Co. dengan restoran makanan segera yang lain.
Menu Yang Terdapat di Epic Fit Meals Co.
Kebanyakan hidangan disini ada yang hadir dengan rasa pedas dan ada yang tidak. Ini kerana, bukan orang tempatan sahaja datang makan disini, bahkan juga orang luar negara yang belajar / bekerja di sini.
Risau mereka tak tahan dengan makanan yang pedas dalam masa yang sama ingin mengekalkan cirtarasa dari Melbourne ini.
So disini, Bro kongsikan beberapa menu yang sempat Bro order tempoh hari.
Chicky Chummy – Ala Carte RM15.80 / Combo RM19.80 termasuk 1x hidangan sampingan + 1x minumam soda.
Beefy Chummy – Ala Carte RM15.80 / Combo RM19.80 termasuk 1x hidangan sampingan + 1x minumam soda.
Antara hidangan sampingan yang boleh dipesan bersama set Combo.
Harga bagi Standard Sides (Ala Carte) RM4.80 dan Epic Sides (Ala Carte) RM6.80. Pilih mana yang anda berkenan untuk dinikmati bersama set Combo anda.
Epic Chicken – Ala Carte RM13.80
Terdapat 3 jenis Epic Chicken untuk anda nikmati, antaranya Epic Grilled Chicken, Classic Chicken Schnitzel dan Fire Chicken Schnitzel.
Harga Combonya pula lebih kurang RM16.80 (Combo 1 – 2 Standard Sides), RM18.80 (Combo 2 – 1 Standard Side + 1 Epic Side) dan RM19.80 (Combo 3 – 2 Epic Sides).
Apa macam? Menarik bukan menu berserta harganya
Kini mereka telah membuka cawangan terbaru di Bandar Sunway & Mont Kiara. Ia beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 10.30 malam setiap hari.
Bro berpeluang untuk makan di cawangan terbaru mereka di Bandar Sunway.
Agak ramai juga pelangan yang datang sama ada untuk take away ataupun makan di sini. Kebanyakan yang datang terdiri dari mereka yang bekerja di kawasan sini mahupun pelajar dari kolej / universiti berdekatan.
Perkhidmatan Delivery Dalam Tempoh Masa 45 Minit Secara PERCUMA
Selain makan disini, anda juga boleh menikmati menu-menu yang ditawarkan disini melalui perkhidmatan delivery dari pihak Epic Fit Meals Co..
Hanya 45 minit sahaja tempoh delivery dan ianya adalah PERCUMA dengan pembelian serendah RM20. Jika pesanan anda terlewat, anda akan menerima Pizza secara PERCUMA.
Sekiranya anda tinggal atau berada berhampiran dengan cawangan Epic Fit Meals Co. anda boleh datang terus ke sana atau gunakan perkhidmatan delivery mereka.
Epic @ Damansara Perdana
E-105, Metropolitan Square, PJU 8/1, 47820 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : +603 7733 3375
Epic @ Bandar Sunway
22, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, 46500 Subang Jaya, Selangor.
Tel : +603 5611 9988
Epic @ Mont Kiara
G-3A, Mont Kiara Meridin, Jalan Duta Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Tel : +603 6211 7733
Laman Web : www.epics.com.my
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Fuhhh~ sedapnya makanan tu bro. semua nampak menyelerakan . haha
alamak sedapnya!! semakin banyak kan makanan segera macam ni, cawangan ada disetiap negeri ke or kat selangor/kl je? macam mana orang kedah nak try ni? HAHAHA T.T
Nampak menarik. Sesekali bolehlah layan makan macam ni.
Epic sungguh burger dia. Beefy chummy terus rasa lapar bila tengok.haha
Lol..dah baca ari tu..memang teringin sgt..plus harga pun not bad..blh pegi ni..tp ape mknan Melbourne nyer?
Memang sedap haritu yaya try and yang penting so healthy and no preservatives :)
Cover banyak tempat tak untuk delivery? Worth to try hidangan kat Epic ni. Asyik KFC, MCd jemu juga kan.
pergh temptingnya.. lagi2 beefy chummy.. nanti nak cubalah
Bro…lama tak jumpa. Apa khabar?
Yang akak berkenan dengan menu ni…semuanya hidangan berkhasiat. Rupa paras makanan pun menarik.
Nampak la at. Harga pun berpatutan. Cawangan Jalan Duta tu dekat dengan kawasan ofis. Bleh pi cuba. Hehe
Beefy Chummy tu nampak sedap & menarik lah. Harga memang berpatutan. Untunglah orang yang stay KL. Xpayah keluar order sahaja sebab delivery hanya 45 minutes.
Senang nk ode..kalau ada delivery. Hehehe
Sedapnya kedai burger ini menarik lah bro nanti boleh belanja kita ker sana hehehehe mana tahu nak bayar nazar ker wakakakaka..
Abang with that sunglasses dah sudah epic yo!
Wow boleh tahan ramai dia punya customer
walaupun nampak best..tapi untuk area situ je la..mampu tengok je dan senyum..:D harap dapat bertahan lama la kedai macam ni
dimana kedai itu bro, nak coba , belum pernah tengok
sedap betul