September 9, 2024

Raikan “Free Fire Untuk Semua” Bersama Ismail Izzani

Free Fire Untuk Semua Ismail Izzani

Garena bekerjasama dengan penyanyi Ismail Izzani untuk meraikan “Free Fire Untuk Semua” dengan pelancaran video muzik pada 22 Mei 2022.

Garena mengumumkan sebagai susulan daripada pelancaran awal kempen “Free Fire Untuk Semua” bulan lepas bahawa permainan yang dibangunkan mereka sendiri, Free Fire akan mengadakan satu lagi kolaborasi bersama selebriti tempatan. Kali ini dengan jejaka kesayangan remaja, Ismail Izzani!

Kerjasama ini tertumpu kepada menggalakkan pemain untuk meneruskan minat dan hobi mereka, dan akan berlangsung dari 17 Mei – 3 Jun 2022.

Bulan lepas, permainan mudah alih tersebut bekerjasama dengan selebriti kesayangan Zizan Razak sebagai sebahagian daripada kempen yang sama, bertujuan untuk menyatukan pemain dengan satu semangat yang dikongsi – minat mereka terhadap Free Fire.

Siri kolaborasi ini adalah sebahagian daripada usaha Garena untuk mencipta kandungan setempat untuk komuniti Free Fire di Malaysia

Light the World on Fire Bersama Ismail Izzani dan Free Fire!

Di bawah kempen payung “Free Fire Untuk Semua”, yang akan berlangsung sehingga Ogos, permainan mudah alih terkenal tersebut menyaksikan kolaborasi baharu bulan ini dengan penyanyi tempatan Ismail Izzani, yang mencatatkan kejayaan dalam industri pada usia 17 tahun dengan mengeluarkan lagu single popularnya “Sabar”.

Gelombang kedua acara ini, yang dinamakan “Free Fire Untuk Semua Hobi” (“Free Fire For All Hobbies” dalam bahasa Inggeris), memberi fokus dalam memperkasakan hobi pemain melalui cara yang berbeza, dengan Free Fire menjadi semangat bersama yang mendorong mereka.

Sebagai sebahagian daripada kempen selama 5 bulan, dan bersempena dengan Free Fire World Series (FFWS) 2022 Sentosa yang akan datang, kejohanan luar talian global permainan, peminat Malaysia boleh menantikan lagu kolaborasi dan muzik video daripada Ismail Izzani, bertajuk “Light of the World”.

“Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada kempen Free Fire Untuk Semua yang besar ini, bersama-sama selebriti tempatan yang lain. Sebagai seorang pemuzik, mesej memperkasakan hobi yang berbeza dengan satu minat yang dikongsikan benar-benar menyentuh saya.

Saya berharap muzik saya dapat memberi inspirasi kepada orang lain, seperti cara Free Fire terus memberi inspirasi kepada komuniti di seluruh dunia, dan saya tidak sabar untuk melihat cara pemain dan peminat berinteraksi antara satu sama lain dalam kempen ini.” – Ismail Izzani

Lagu itu, seperti yang diulas secara ringkas oleh Ismail Izzani dalam video pengumuman kempennya, terdiri daripada rentak menggunakan kesan bunyi daripada Free Fire, daripada tapak kaki kepada penggera zon selamat yang ikonik.

Liriknya juga selaras dengan FFWS 2022 Sentosa secara bertema, menampilkan slogan kejohanan “Heroes Arise” dalam korusnya. Tonton teaser lagu itu, yang dikeluarkan esok jam 8:30PM di Facebook dan YouTube rasmi Free Fire Malaysia.

Lagu penuh akan tersedia di saluran Spotify Garena Free Fire pada hari Jumaat 20 Mei 2022.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Raikan “Free Fire Untuk Semua” Bersama Ismail Izzani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *