December 4, 2024

Clorox® Sumbang Produk Pembersihan & Pembasmi Kuman untuk Mangsa Banjir

Clorox NADMA Bantuan Banjir

Clorox Malaysia telah menyumbang produk-produk pembersihan dan pembasmi kuman bernilai lebih RM25,000 kepada keluarga yang terjejas akibat banjir di Johor.

ujan yang berterusan sejak kebelakangan ini telah menyebabkan banjir sehingga memaksa ribuan keluarga di Johor berpindah. Kira-kira 5,000 mangsa banjir telah dibawa ke 51 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Bencana banjir yang berlaku telah memberi kesan yang besar terhadap kewangan dan emosi keluarga dan individu terbabit dalam membina semula dan meneruskan kehidupan mereka.

Clorox Bantu Mangsa Banjir

Sumbangan ini disalurkan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi penyelarasnya merangkumi produk seperti :

  • Clorox Disinfecting Bleach (Original) 2L
  • Clorox Disinfecting Bleach (Lemon) 2L
  • Clorox Disinfecting Wipes (Fresh Scent) 35ct
  • Clorox Expert Disinfecting Wipes 30ct
  • Clorox Clean Up (Lavender) 2L
  • Clorox Clean Up (Lemon) 2L

Kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman selepas banjir adalah penting kerana air banjir berisiko membawa penyakit-penyakit berjangkit seperti leptospirosis, kolera (taun), tifoid (demam kepialu) dan Hepatitis A.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan kepentingan kebersihan, aktivti dan sebagainya di laman web Clorox Malaysia di www.cloroxmalaysia.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *