April 17, 2024

Kekalkan Fungsi Usus Yang Baik Setiap Hari dengan Minuman Susu Kultur Fernleaf Probiotik+

Minuman Susu Kultur Fernleaf Probiotik+

Kekalkan fungsi usus yang baik setiap hari secara yang berpatutan dan menyeronokkan dengan Minuman Susu Kultur Fernleaf Probiotik+.

Asas badan yang kuat bergantung kepada sistem penghadaman yang baik. Fungsi usus yang terutamanya menjalankan tugas seperti penghadaman, penyerapan nutrien dan perkumuhan, boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan kita secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, pelbagai faktor seperti tabiat pemakanan yang tidak baik, tekanan, gaya hidup tidak sihat, ubat-ubatan dan penuaan boleh mengganggu fungsi usus kita.

Ini mengakibatkan bakteria usus menjadi tidak seimbang, dan mengakibatkan terlalu banyak bakteria berbahaya atau tidak baik mula membiak.

Secara tidak langsung ia menyebabkan masalah pencernaan termasuk cirit-birit, sembelit, perubahan dalam tabiat usus dan banyak lagi.

Oleh itu, perlindungan bagi mengekalkan persekitaran usus sentiasa berada dalam keadaan yang sihat adalah penting untuk memastikan sistem pertahanan badan kita berfungsi dengan baik.

Fernleaf Probiotik+

Minuman Susu Kultur Fernleaf Probiotik+ adalah satu-satunya minuman susu kultur di Malaysia yang mengandungi gabungan tiga (3) jenis probiotik yang dikaji secara saintifik, iaitu Lactobacillus rhamnosus HN001 (DR20), Bifidobacterium animalis subsp. lactis (BB-12), dan Lactobacillus acidophilus LA-5.

Pengambilan tiga jenis probiotik yang telah dikaji secara saintifik ini sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian dengan gabungan gaya hidup aktif boleh membantu mengekalkan fungsi usus yang baik bagi menyokong sistem pertahanan badan.

Minuman Susu Kultur Probiotik+ kini boleh didapati di 99 Speed Mart dan AEON di Semenanjung Malaysia pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM4.35.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *