2023 PMPL MY Spring kembali dan akan berlangsung dari 15 hingga 26 Februari 2023 dan menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak USD80,000. Kejohanan ini dihoskan oleh PUBG MOBILE dan dianjurkan oleh VSPO.
Seperti yang diumumkan oleh Encik James Yang, Direktor Global PUBG MOBILE divisi esports pada 7 Januari 2023, Malaysia tidak lagi akan berkongsi litar/liga profesional mereka dengan Filipina dan Singapura. Ini bermaksud, PMPL MY yang pertama telah tiba mulai musim ini.
Sebanyak 20 pasukan (16 pasukan dari 2022 PMPL MY/SG/PH Fall dan 4 pasukan dari PMNC Malaysia 2022) akan bertanding pada musim Spring mendatang ini.
Barisan penuh pasukan 2023 PMPL MY Spring adalah seperti berikut:
A – 16 Pasukan Jemputan:
- GEEK SLATE
- SEM9
- Maximum Power Xperience
- Yoodo Alliance
- Don’t Break Dreams
- JENTERA PEJUANG TABAH NSEA
- Team HAQ
- HOMEBOIS
- GENEXUS
- MAB Esports
- RSG MY
- CRIT VIP
- TFC Esports
- Dingoz Esports
- Team Secret
- Bapak Esports
B. 4 Pasukan dari PMNC Malaysia 2022:
- RAV3NWOOD
- MAQNA GRINGOS
- TEAM AE
- TrioDistro
Musim baharu ini juga akan dihadkan kepada 2 minggu sahaja untuk peringkat liga dan tiada peringkat akhir (finals). Pertandingan akan bermula dari 15 Februari 2023 dan berakhir pada 26 Februari 2023.
Minggu 1: 15 hingga 19 Februari 2023 (Rabu hingga Ahad)
Minggu 2: 22 hingga 26 Februari 2023 (Rabu hingga Ahad)
Pada Minggu 1, 20 pasukan akan dibahagikan secara rawak kepada 5 kumpulan (Kumpulan A, B, C, D, dan E). Setiap perlawanan akan dimainkan oleh 4 kumpulan.
Pada Minggu 2, 20 pasukan akan dibahagikan kepada 5 kumpulan berdasarkan ranking mereka untuk Minggu 1. Agihan pasukan untuk Minggu 2 adalah seperti berikut:-
- Kumpulan A: Ranking 1,10,11,20
- Kumpulan B: Ranking 2,9,12,19
- Kumpulan C: Ranking 3,8,13,18
- Kumpulan D: Ranking 4,7,14,17
- Kumpulan E: Ranking 5,6,15,16
Jumlah mata yang diperoleh daripada dua minggu ini akan menentukan ranking pasukan untuk 2023 PMPL MY Spring. Dengan liga yang lebih pendek, tiada ruang untuk kesilapan dan mungkin musim PMPL yang paling mencabar untuk semua pasukan yang bertanding.
2023 PMPL Malaysia Spring
Musim baru juga bermaksud pelbagai kejutan dan pembaharuan yang dibawa oleh setiap pasukan yang bertanding. Pasukan No.1 dalam Country Finals musim sebelum ini, GEEK FAM, kembali sebagai GEEK SLATE. Kali ini, GEEK SLATE akan bersaing tanpa pemain wonderboy PUBG MOBILE, uHigh. Adakah mereka dapat mengulangi PERFECT RUN mereka seperti musim lalu?
Team Secret melangkah ke musim ini dengan perubahan ketara dalam roster mereka. Setelah hampir setahun meninggalkan Team Secret, Jumper kini kembali dan akan mengetuai skuad musim ini. iShotz tidak akan bermain untuk musim ini dan beralih menjadi jurulatih untuk Team Secret. Aboy, Minz, dan Jumper akan menyertai Team Secret dengan harapan untuk membawa pulang kemenangan yang sudah lama tidak dirasai. Adakah Jumper mampu memimpin Team Secret ke arah kemenangan musim ini?
Pemburu yang sebelum ini daripada 4Rivals telah menyertai Dingoz Esports dan bersatu semula dengan Rith. Pasukan Dingoz juga telah membawa pemain profesional PUBG MOBILE dari Indonesia iaitu Fajar sebagai pemain pinjaman daripada pasukan MORPH. Adakah ini akan menjadi tahun kegemilangan untuk Dingoz Esports?
Wombo Combo Vokey dan Ironpro sekali lagi bersatu semula di MPX, manakala Nukk dan Sancorn kembali ke liga profesional PUBG MOBILE musim ini dengan pasukan baharu, TrioDistro dari 2022 PMNC Malaysia.
Ayuh berikan sokongan dan sorakan buat pasukan kegemaran anda musim ini dengan menonton siaran langsung 2023 PMPL MY Spring. Kejohanan ini juga akan disiarkan secara langsung dalam Bahasa Melayu untuk peminat PUBG MOBILE di Malaysia. Livestream rasmi untuk 2023 PMPL MY Spring akan disiarkan di Facebook, Youtube dan Tiktok.
PUBG MOBILE Pro League (PMPL) dihoskan oleh PUBG MOBILE dan dianjurkan oleh VSPO.
Tertarik pula bila baca artikel ni, pmpl malaysia spring. Memang gamers akan selalu memunculkan diri mereka di sini la nampaknya. Apapun, artikel yang bagus, teruskan usaha