Sempena pelancaran kempen Kebaikan Sepanjang Masa, (Timeless Goodness, Timeless Bonds Campaign) Ribena memperkenalkan #RibenaBondingPledge untuk menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa mencipta kenangan bermakna bersama teman dan keluarga.
Kehidupan ini penuh dengan detik-detik indah yang sukar untuk dilupakan, seperti hubungan rapat antara seorang ibu dan anak perempuannya, atau saat bergurau senda bersama teman-teman – itulah yang memberikan anda rasa ketenangan, perasaan itulah yang sering kita alami, seperti ketika sedang menikmati kelazatan Ribena. Namun, dalam kesibukan kita setiap hari, saat-saat istimewa ini selalu kita abaikan.
Inilah tujuan kempen Ribena dilancarkan – bagi mengingatkan rakyat Malaysia untuk sentiasa meraikan detik-detik indah bersama walau sesibuk mana pun kita. Dengan kelazatan rasa Ribena dan kebaikan semula jadinya, ia menjadi pemangkin sempurna untuk sama-sama menyertai kempen ini.
Sasaran kempen ini adalah untuk meraikan hubungan dan detik bermakna bersama tersayang, melalui peraduan #RibenaBondingPledge yang bertujuan untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia iaitu kredit dari GrabPay dan tiket wayang eksklusif di salah sebuah panggung wayang tercanggih negara – GSC Aurum.
#RibenaBondingPledge bermula pada 6 Oktober 2022 dan akan berlangsung sehingga 5 November 2022 dengan 12 pemenang akan dipilih setiap minggu sehingga kempen berakhir.
Untuk sertai, apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke laman Instagram Ribena. Kemudian, rujuk kepada langkah berikut :
- Kongsikan pengumuman mengenai peraduan di laman Instagram Story anda
- Masukkan kapsyen tentang bagaimana anda berazam untuk mencipta detik-detik bermakna dengan yang tersayang
- Tag 3 rakan anda dan @ribenamy
- BONUS: masukkan gambar terbaik anda ketika meluangkan masa bersama untuk merebut hadiah utama!
Pada akhir setiap minggu, 3 pemenang akan memenangi hadiah utama: dua (2) tiket GSC Aurum Theatre (The Gardens Mall), setiap seorang. Manakala, 9 pemenang bertuah akan membawa pulang kredit GrabPay bernilai RM100.
Ianya sungguh mudah, malah influencer kegemaran anda, Naddy Sushi dan Zahirah Macwilson juga akan turut menyertai keseronokan bersama kesayangan mereka!
Bukan itu saja! 2,000 peserta pertama yang berkongsi ikrar mereka dengan tag yang berkenaan dan hashtag menarik juga akan menerima produk Ribena bernilai RM30 secara PERCUMA.
Kempen Kenangan Bersama, Kekal Selamanya (Timeless Goodness, Timeless Bonds) akan diadakan di Pameran Istimewa- Bonding Moments Ribena, di mana terdapat koleksi foto dan kisah-kisah hubungan unik yang dikongsikan oleh rakyat Malaysia setiap hari.
Selain itu, Ribena juga akan mengacarakan pledge wall secara langsung, di mana rakyat Malaysia dialu-alukan untuk singgah dan mengambil bahagian dengan meluahkan ikrar mereka. Hanya perlu datang bersama yang tersayang dan bawa ikrar untuk dipamerkan, dan peserta juga digalakkan untuk mengambil gambar di pledge wall dan paparkan di saluran sosial mereka dengan menggunakan hashtag #RibenaBondingPledge.
Pameran ini disediakan untuk semua yang berkunjung ke GSC Starling mulai sekarang sehingga 12 Oktober 2022.
Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti Ribena Pledge dan langkah-langkah penyertaan, anda boleh layari ke Facebook dan Instagram rasmi Ribena.