Peringkat liga 2023 PUBG MOBILE Super League Southeast Asia Fall 2023 (2023 PMSL SEA Fall) yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 20 Ogos 2023 telah berakhir.
16 pasukan teratas dari peringkat liga kini bersiap sedia untuk Pusingan Akhir (Grand Finals) yang akan berlangsung selama 3 hari secara offline bersama penonton di Sunway Velocity Mall dari 25 hingga 27 Ogos 2023.
“Saya berbangga dengan pasukan Malaysia yang telah berjaya mara ke pusingan terakhir PUBG MOBILE Super League Grand Final.
Ini adalah bukti terhadap perkembangan industri esukan dalam Malaysia. Saya berharap pencapaian ini akan mendorong lebih ramai lagi anak muda untuk mengejar impian mereka dalam bidang esukan.” – YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, Malaysia.
16 Pasukan Pusingan Akhir PMSL SEA Fall 2023
16 pasukan teratas yang layak ke Pusingan Akhir PMSL SEA Fall tahun ini termasuk GEEK, SEM9 dan YALL yang akan mewakili Malaysia:
- PERSIJA EVOS (PJEV)
- Alter Ego Ares (AE)
- D’XAVIER (DX)
- SEM9 (SEM9)
- BIGETRON RV (BTR)
- BN UNITED (BN)
- REX REGUM QEON (RRQ)
- The Infinity (INFIN)
- Vampire Esports (VPE)
- MORPH GPX (MRPX)
- XERXIA (XIA)
- Genesis Esports(GE)
- GEEK FAM (GEEK)
- FaZe Clan (FaZe)
- Yoodo Alliance (YALL)
- PLAYBOOK ESPORTS (PBE)
Yoodo merupakan Rakan Kongsi Telco Digital Rasmi (Official Digital Telco Partner) 2023 PMSL SEA Fall, Republic of Gamers (ROG) sebagai Rakan Kongsi Telefon Rasmi Kejohanan (Official Tournament Phone Partner), dan TT Racing sebagai Rakan Kongsi Kerusi Rasmi (Official Chair Partner).
Selain itu, Pusingan Akhir 2023 PMSL SEA Fall yang sangat dinanti-nantikan akan berlangsung dari 25 hingga 27 Ogos 2023, di Sunway Velocity Mall, yang juga berfungsi sebagai Rakan Kongsi Tempat Rasmi (Official Venue Partner) untuk Pusingan Akhir PMSL SEA musim Fall ini.
Pusingan Akhir 2023 PMSL SEA Fall telah mendapat sokongan daripada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS), serta Sukan dan Esports Integrated (ESI).
Sebagai acara yang memfokuskan untuk membangunkan bakat tempatan dan memupuk komuniti permainan yang sihat, peminat PUBG MOBILE boleh menyertai acara tersebut secara langsung di Sunway Velocity Mall dengan kemasukan percuma dan menyaksikan pemahkotaan juara baharu medan pertempuran pada tahun 2023!
Tarikh: 25 – 27 Ogos 2023
Tempat: Main Atrium (Ground Floor), Sunway Velocity Mall
Lingkaran SV2, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Yoodo Gank Kembali!
Sebagai penghormatan kepada usaha dan kejayaan kluster cemerlang Malaysia selama ini, PUBG MOBILE mengalu-alukan kedatangan semula kegemaran ramai Yoodo Gank yang menampilkan Jumper, Draxx, ManParang & Fredo, dan mereka dikenali oleh peminat sebagai “One and Onleh”.
Barisan Yoodo Gank ini merupakan pasukan Malaysia pertama yang memenangi gelaran sulung PMPL SEA pada tahun 2020 dengan berjaya mengumpul rekod 200 mata dan Draxx memenangi Anugerah MVP Gunkiller.
Pusingan Akhir 2023 PMSL SEA Fall akan disiarkan secara langsung dalam Bahasa Malaysia di platform Facebook Rasmi, YouTube dan TikTok Rasmi PUBG MOBILE Esports Malaysia serta halaman rasmi PUBG MOBILE Malaysia.
Bolehkah pasukan Malaysia membawa balik gelaran juara di tanah sendiri? Jangan lupa untuk menonton Pusingan Akhir 2023 PMSL SEA Fall bermula dari 25 Ogos pada 4:30PM GMT+8!
2023 PUBG MOBILE Super League Southeast Asia (PMSL SEA) Fall dihoskan oleh PUBG MOBILE dan dianjurkan oleh VSPO.
Yang penting sem9 lepas ke pmgc hehe