Uniqbe (M) Sdn Bhd (Uniqbe), pengedar tunggal Dreame di Malaysia, telah berjaya mengumpul lebih RM77,000 melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), kolaborasi bersama Make-A-Wish Malaysia.
Uniqbe telah memperuntukkan 11 peratus hasil jualan rangkaian pembersih vakum H11 wet & dry untuk dana CSR bersempena dengan pelancaran Dreame di Malaysia pada hujung tahun lepas.
Melalui Make-A-Wish Malaysia, dana yang dikumpul digunakan untuk memenuhi impian kanak-kanak yang menghidapi penyakit kritikal.
“Pengumpulan dana Make-A-Wish Malaysia tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada para pelanggan kami. Oleh itu, kami ingin berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah membeli pembersih vakum H11 dan H11 Max wet & dry dan sekaligus menyokong inisiatif ini,” – Edward Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Uniqbe Group of Companies.
Setakat ini Uniqbe telah berjaya memenuhi impian empat kanak-kanak – Azhah, 11 dari Sandakan, Sabah yang mendapat sebuah telefon bimbit Realme, Fikri, 9, dari Serdang, Selangor yang menerima satu set permainan Playstation; Mun Hei, 11 dari Klang, Selangor mendapat sebuah iPad; manakala May Chell, 13, dari Keningau, Sabah mendapat sepasang arnab kelabu dan satu set permainan bola jaring.
Semua impian yang dipenuhi telah dirancang dengan teliti oleh pasukan Uniqbe dengan acara dan aktiviti menjelang hari
penunaian hajat.
Menurut Make-A-Wish Malaysia, sumbangan dan impian kanak-kanak yang terlaksana ini turut memberi semangat kepada ahli keluarga kanak-kanak tersebut untuk terus kuat bersama mereka melawan penyakit yang dihidapi.
Selaras dengan misi Dreame untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna, inisiatif CSR ini memperkayakan kehidupan kanak-kanak dengan impian dan harapan unik mereka melalui Make-A-Wish Malaysia.
Untuk infomasi lebih lanjut tentang Dreame dan kempen CSR mereka, sila layari https://www.dreame.my/dreame-make-a-wish-malaysia-csr-initiative