Hari ini, Bro ingin berkongsi pandang pertama sewaktu Unboxing telefon pintar baru, yakni Samsung Galaxy A33 5G.
Untuk pengetahuan korang, Baru-baru ini samsung telah memperkenalkan model terbaru bagi siri Galaxy A – Samsung Galaxy A33 & A53.
Kedua-dua model ini dikuasakan oleh cip terbaru Exynos 1280 (5nm) yang belum pernah digunakan sebelum ini dan dipercayai menawarkan prestasi seakan MediaTek Dimensity 900.
Ia dilengkapi dengan paparan skrin 6.4″ FHD+ SAMOLED 90Hz, bersama memori bersaiz 8GB RAM dan storan sebesar 128GB. Ia turut menyokong kad mikro SD sehingga 1TB.
Jom kita tengok apa yang ada dalam kotaknya
Apa yang Bro perasan, Samsung Galaxy A33 5G didatangkan dengan kotak yang lebih nipis berbanding kotak Samsung Galaxy A yang pernah Bro miliki / pernah review.
Bila dibuka, tak banyak benda disertakan didalamnya seperti palam pengecas (kepala charger) dan juga earphone.
Hanya terdapat buku panduan, kad jaminan (warranty card), pin keselamatan dan juga USB Cable TYPE C.
Sebut tentang USB Cable TYPE C.
Kebanyakan model terkini dari Samsung didatangkan dengan USB Cable TYPE C dimana setiap hujungnya kepalanya merupakan USB Cable TYPE C. Tiada USB 3.0 seperti sesetengah cable yang ada dipasaran.
Maka digalakkan untuk anda dapatkan palam pengecas original dari Samsung sebelum memiliki telefon pintar Samsung Galaxy A33 5G.
Pembelian, boleh juga dibuat secara online di Samsung Official Store.
Pandang Pertama Samsung Galaxy A33 5G (Awesome Peach)
Ini rupanya Samsung Galaxy A33 5G yang Bro miliki.
Jika sebelum ini, Bro selalu pilih warna putih, hitam atau merah. Kali ini, untuk pilihan warna Bro pilih warna Awesome Peach.
Nampak macam cantik dan lebih feminin di situ.
Selain warna Awesome Peach, Samsung Galaxy A33 5G turut didatangkan dengan pilihan warna seperti Awesome Blue, Awesome Black & Awesome White.
Samsung Galaxy A33 ini dilengkapi kamera depan 13MP dengan rekaan ‘water drop’ dan empat kamera ‘boba’ pada bahagian belakang dengan 48MP kamera utama, 8MP ultra wide, 5MP lensa makro dan 2MP sensor kedalaman.
Kamera swafoto 13MP diletakkan dalam takuk skrin dengan peranti turut mempunyai bezel dagu yang lebih besar.
Galaxy A33 5G juga terbina dengan Corning® Gorilla® Glass 5 dan ciri IP67 yang kalis air dan habuk, secara langsung menawarkan ketahanan lasak peranti dan ketenangan minda kepada pengguna.
Ok, itu sahaja yang boleh Bro kongsikan buat masa ini. Nantikan artikel review / pengalaman Bro menggunakan Samsung Galaxy A33 5G ini.
Harga pasaran Samsung Galaxy A33 5G sekitar RM1,499 dan korang boleh juga dapatkan secara online di Samsung Official Store.
BACA : 4 Sebab Kenapa Galaxy A53 5G Sesuai Bagi Peminat Mobile Legends
Harga di pasaran berapa bro,?
RM1,499
Bro lupa nak update harga. Nanti Bro kemaskinikan artikel ini