March 29, 2024

Alive Museum di Resorts World Genting Highlands

Alive Museum Genting HighlandTidak dinafikan muzium 3D semakin menjadi kegemaran untuk sesisi keluarga berkunjung untuk bergambar dengan lukisan seakan-akan kita berada didalamnya.

Selain gambar yang diambil menarik dengan gambar latar berilusi optik, ia juga menjadi lokasi bagi kaki-kaki instagram bergambar untuk berkongsi di laman sosial.

Kini, anda boleh merasainya di Alive Museum, Sky Avenue Resorts World Genting Highlands.

Baru-baru ini, Bro sekeluarga berkesempatan untuk singgah di sini.

Memang satu pengalaman berharga terutamanya buat anak-anak Bro untuk bergambar dan berada di alam fantasi berdasarkan ilusi yang dipaparkan pada gambar latar belakang gambar yang diambil.

Bro nak ajak anak-anak masuk ke Jurassic Research Centre, Resorts World Genting Highlands – Mereka takut pula.

Tetapi, bila bawa mereka ke Alive Museum, Resorts World Genting Highlands – mereka punyalah teruja, termasuk mak dorang.

Jom, tengok beberapa gambar yang sempat Bro ambil ketika berada di sini.

Alive Museum, Sky Avenue Resorts World Genting Highlands

Alive Museum, Sky Avenue Resorts World Genting Highlands

Alive Museum, Sky Avenue Resorts World Genting Highlands

Alive Museum, Sky Avenue Resorts World Genting Highlands

Alive Museum, Sky Avenue Resorts World Genting Highlands

Alive Museum, Sky Avenue Resorts World Genting Highlands

Alive Museum, Sky Avenue Resorts World Genting Highlands

Alive Museum, Sky Avenue Resorts World Genting Highlands

Alive Museum, Sky Avenue Resorts World Genting Highlands

Untuk pengetahuan anda, Alive Museum Genting Highland telah dibuka kepada umum bermula 12 Disember 2017.

Harga Tiket masuk pula RM50 (dewasa) & RM45 (kanak-kanak) / Boleh didapati pada harga diskaun sekiranya anda punyai keahlian Genting Rewards.

Nak lebih jimat? Ambil Pakej Kombo 2 (RM76 -) / Pakej Kombo 3 (RM90)* / Ia juga boleh didapati pada harga diskaun sekiranya anda punyai keahlian Genting Rewards.

  • Pakej Kombo 2 / Pakej Kombo 3, melayakan anda memasuki 2 / 3 lokasi tarikan (Jungle Gym 2hrs, Zombie Outbreak, Jurassic Research Centre, Ripley’s Believe It Or Not, Alive Museum)

Alive Museum Genting Highland
T2C-B08 Sky Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi : 10.00pagi – 10.00 malam

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Alive Museum di Resorts World Genting Highlands

  1. macam2 ada dah kat genting sana.. kalau dulu, pegi genting nak deting or main outdoor/indoor game selain nak rasa cuaca sejuk sejuk tu je.. hehehehee..

    boleh masuk dalam list utk bawak kids ni satu hari nanti..

  2. Wahhh ! Harga nak masuk sini boleh tahan juga. Ambik pakej lagi jimat. Menarik betul ye konsep muzium seperti ini. Mahu berjam-jam kalau sy masuk sni. Best dan nmpk real sgt !!

  3. Untuk mereka yang suka bergambar, haruslah datang kan.. macam-macam gaya tu..
    Tempat macam ni kena pergi ramai-ramai. Kalau pergi berdua je, krik-krik nanti. Hihi. Dok bergambar seorang.

  4. Wow kat genting dah ada muzium macam ni boleh lah pergi lepas ni hehehehe nanti nak tido sana tapi tak sabar nak tunggu taman tema genting siap lagi meriah…

  5. Macam hidup gambar 3d ni hehe . tapi macam mahal lah pulak fee dia . bukan bebudak je suka org tua pun rasa excited nak datang sini. Cuma nak g genting tu hehehe

  6. The art inside really amazing and not the simple one as send usually. Heard that the art was drawn by Korean. Love the colors and ideas they did over there. Definitely I would wish to go in again for more photos

  7. Bestnya. Gambar pon semua cantik-cantik. Dah lama tak naik genting. Kalau nak gi sini kena kumpul duit dululah. Sebab anak berderet kan ?

Leave a Reply to Zharif Azis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *