April 25, 2024

Nasi Lemak Popular Di Lembah Klang

Nasi Lemak Popular Lembah Klang

Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi Melayu kegemaran bagi orang Malaysia.

Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya dan juga halia.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Kadangkala hanya nasi dengan sambal sahaja (itu pun sambal bawang).

Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

Nasi lemak,

Pada asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu Malaysia pada umumnya.

Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan / bungkusan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain.

Sebenarnya, nasi lemak sesuai bagi mereka yang bekerja menggunakan tenaga yang banyak (seperti berkebun/pembinaan etc) Kalau setakat kerje pejabat tak bergerak-gerak dari tempat duduk elok rasanya kurangkan makan nasi lemak.

Nanti jadi obesity pula.

Disini, Bro ingin kongsikan beberapa kedai nasi lemak yang popular di Lembah Klang. Tapi tak semua kedai Bro pernah pergi.

Senarai Nasi Lemak Popular Di Lembah Klang (2013)

  • Nasi Lemak Seapark/ Nasi Lemak Bumbung (Jalan 21/11B Petaling Jaya)
  • Nasi Lemak Bungkus Panas (Foodcourt Jalan 222)
  • Nasi Lemak Famous (Bangsar Selera, Jalan Telawi 1)
  • Nasi Lemak Pak Ayob/Nasi Lemak Beratur (Section 20, Shah Alam)
  • Tanglin Nasi Lemak (Komplek Makan Tanglin, Kuala Lumpur)
  • Village Park Nasi Lemak (Damansara Uptown, Petaling Jaya)
  • Lim Fried Chicken Nasi Lemak (Wong Soon Kee Coffee Shop, SS14 Subang Jaya)
  • Nasi Lemak Antarabangsa (Kampung Baru, Kuala Lumpur)
  • San Peng Nasi Lemak (Jalang San Peng, Pudu, Kuala Lumpur)

Bagaimana pula dengan nasi lemak di tempat anda?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Nasi Lemak Popular Di Lembah Klang

  1. Nasi Lemak SA makan Sebulan 2 kali je..x leh amik selalu…adik2 SA ckp rugi makan sekali sekala..tp nak buat macam mana bila SA memang dah ada penyakit…seumur hidup makan ubat…kan?

  2. kat Melaka banyak tempat yang menjual nasi lemak yang biasa-biasa, sedap dan paling sedap….yang penting sambalnya kena sedap, janji ikan bilisnya dibuang tahi + kepala……baru laju jer makan…..hihi

  3. saya dah cuba juga, tapi ada juga yg saya suka di depan kuarters cikgu di taman tun dr ismail, memang sedap..sambal dan nasi boleh minta lebih tanpa extra charge…ayam berempah pun power..kira kalau untuk harga rm4.50 nasi lemak ayam berempah sebungkus kira murah dan berbaloi la.

  4. Nasi LEMAK kat AMAL SERBANIKA RNR sg buluh sedap2. Paling sedap nasi lemak kuning.Saya makan 3 bungkus skali makan. Nasinya lembut. Sambalnya best. MURAH sebungkus RM 1.20. Ada lauk ayam masak merah, sotong tp plg best sambal ikan masin. Sedap sgt. Rasa ikan masin empuk dan tak terlalu masin. Kadangkala sy makan Nasi Lemak Hamidah. Sambal dia sedap.. Byk lagi jenis2 nasi lemak di Amal serbanika.Byk Pilihan. Nescafe Tarik KAW…cubalah. Pasti tak rugi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *