November 3, 2024

Sultan Johor Titah Hari Jumaat Dan Sabtu Cuti Hujung Minggu Bermula 1 Januari 2014

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pertukaran cuti mingguan bagi negeri ini kepada Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014.

Titah berkenaan diisytiharkan baginda sempena Hari Keputeraannya yang ke-55.

Mungkin selepas ini, Bro perlu uruskan hari bercuti untuk pulang ke Johor. Selama ini, Bro dan isteri mengambil cui pada hari Jumaat untuk pulang ke Johor.

Untuk pengetahuan anda, Jumaat dan Sabtu pernah menjadi cuti mingguan bagi Johor iaitu pada 1994.

Buat masa kini, hanya Kelantan, Terengganu dan Kedah menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing.

Bicara Bro : Bagi sesiapa yang plan kahwin pada awal tahun depan dengan orang Johor, harap tukar hari ek. Jangan dok gatai nak pilih hari Ahad juga. Nanti tak de orang nak datang.

 

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Sultan Johor Titah Hari Jumaat Dan Sabtu Cuti Hujung Minggu Bermula 1 Januari 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *