Adakah anda layak digelar sebagai lelaki sejati?
Jika anda merasakan anda lelaki sejati, adakah anda berani menyertai pertandingan gusti lengan sempena Hari Lelaki Sedunia anjuran Smashies Burger yang terletak di Jalan Genting-Kelang.
Smashies Burger menawarkan kepada pelanggan yang datang pada hari tersebut, sesiapa yang dapat mengalahkan geng Malaysian Bikers dalam pertandingan Gusti Tangan akan mendapat “Hot Chick” burger mereka secara percuma.
Bikers?
Yup, pertandingan ini turut disertai oleh geng motor besar – Malaysian Head Hunters Bikers.
Bukan motor mereka sahaja besar, lengan mereka juga turut besar. Kalau nak dibandingkan dengan lengan Bro, memang jauh bezanya. Lengan dorang berotot, lengan Bro berlemak.
Bro pun turut serta,
Tapi tak berani nak bergusti lengan dengan bikers. Dengan Blogger – Melastik Bintang berani la.
Bagaimana pula dengan blogger – Deq Noor? Bro confirm ramai yang nak bergusti lengan dengan dia he..23x Ops kita makan dulu – Smashies Burger.
Iklan : Sempena Hari Krismas nanti, Smashies Burger akan mengadakan program kebajikan dan orang awam boleh mendermakan pakaian yang tidak pakai, permainan, buku. Boleh membawa barang barang tersebut ke Smashies Burger untuk didermakan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari facebook.com/smashiesburger.
Info Tambahan : President USA – Barrack Obama pernah datang dan merasmikan restoran Smashies Burger.
hahaha, seronoknya. Lyeen baru ja main gusti lengan dgn adik-adik semalam. Lyeen juara bertahan untuk 5 tahun berturut2. Adik Lyeen umur 5 hingga 12 tahun. Ok bai. Hahhaha
Untung la.. meh dengan bro pula… kalau berani la kan he..23x
haha…dah lama xmain gusti lengan.. :)
pagi buta tgk burger..adeh..kelaparan pula….hehehe 2x..
lain kali jangan datang blog bro time pepagi buta he..23x
setakat main ngan kawan2 kat opis ok lagi ler..kalau masuk bertanding rasanya SA awal2 yang kecundang…
He..23x Bro hanya mampu bergaya je.. Nak bertanding, rasanya seminggu x boleh nk update blog he..23x
perghh kalau bergusti lengan dgn bikers tu mau patah tangan dibuatnya hehe
MakDara kena guna ilmu penunduk la kalau nk lawan dorang he..23x
siapa menang bro lawan melastik…nampak serius betul…
Memenangi hati pembaca je.. Biarlah tiada pemenang, nanti jadi riak pula he..23x
Pe2 pun Bro awal2 dah menyerah kalah..
Ngeri menonton tangan peserta gusti tangan patah dan siap boleh dengan bunyi tulang patah di YouTube.
Ops…!! Jangan ingatkan… Tak tidur malam nanti.
tak pernah rasa lagi. hoho..
Tak pernah rasa ape ek? Gusti tangan ke?
Idea GIMIK sentiasa ada je diorang nie…. tapi kalau burger eating challenge nak lawan lagi ke bro… ? hehehehe
Lawan makan burger…? Ok bro dah menyerah kalah… Hari itu hampir menangis sebab rahang sakit time nak mengunyah….
dah lama tak main gusti lengan….boleh gusti lengan dengan anak ler lepas nie……hihi
bro tak nak try dgn gua ke