Bro berkesempatan untuk hadiri Majlis Malam Gala Filem Mar Rak (Devil Love).
Filem Mar Rak berlatar belakang zaman kegemilangan Menora Siam sekitar tahun 80-an di Kelantan arahan Dato’ T.S Jeffry terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd.
Filem bergenre suspense thriller ini akan ditayangkan dipawagam berdekatan anda bermula 2 November 2023.
Mempunyai pengalaman selama 33 tahun dalam industri seni tanah air Malaysia iaitu Datuk T S Jeffry, yang popular dengan filem dan drama arahan beliau antaranya Hantu Bukit Cina, Digarhayu, Halimah Jongang, Masak Lomak Cili Api, Awe keno Nikoh dan banyak lagi.
Untuk filem kali ini, Datuk T S Jeffry mempertaruhkan penyanyi yang juga pendatang baru dalam bidang lakonan iaitu Kael dan Shatirah Amanda.
Mereka digandingkan sebagai tunjang utama filem ini dan turut dibantu oleh pelakon lain iaitu Nina KSC, Dyvianna James, Dalip Singh, Aghonderan Sahadevan dan ramai lagi.
Keistimewaan filem Mar Rak ini menggunakan khidmat suara nyanyian dari empat pelakon utamanya iaitu Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James menyanyikan lagu tema filem ini.
Lagu berjudul ‘Seru Cinta’ juga mendapat sentuhan lirik dari Datuk T S Jeffry sendiri manakala lagu dan musiknya oleh Kaber Bambu.
Sinopsis Filem Mar Rak (Devil Love)
Filem Mar Rak merupakan filem bergenre suspense thriller mempamerkan warisan seni yang semakin dilupai iaitu mengenai cerita Menora Siam sekitar tahun 80an – 90an yang begitu popular di Pantai Timur terutama di Kelantan.
Cerita Menora Siam ini mengisahkan tentang percintaan heronya Krasem, Pak Sintong berketurunan Siam dengan penari Menora iaitu Rashidah.
Bagaimanapun percintaan Krasem dan Rashidah yang terjalin secara rahsia kerana perbezaan agama dan bangsa. Dalam masa yang sama bapa Rashidah berdendam dengan mendiang bapa Krasem.
Percintaan mereka juga turut dicemburui oleh Ai Ling, anak kepada pemilik Menora Siam kerana cintanya tidak dibalas, Krasem terpaksa menolak cinta Ai Ling kerana hatinya telah dimiliki oleh Rashidah.
Ai Ling yang sangat sayang kepada Krasem merasa amat kecewa kerana cintanya ditolak mulai marah dan berdendam sehingga sanggup menggunakan jampi mentera hikmat dari Mophi iaitu bomoh hantu bagi menjayakan hasratnya memiliki cinta Krasem.
Tuntutan Mophi seterusnya untuk mendapatkan nyawa diganti dengan minyak pengasih telah disetujui Ai Ling, walaupun terpaksa melakukan perbuatan di luar batas kemanusiaan semata-mata untuk mencapai impiannya.
Siapakah yang akan menjadi mangsa pembunuhan Ai Ling dan apakah pengakhirannya? Sama-sama kita saksikan dipawangam berdekatan anda.
Trailer Filem Mar Rak (Devil Love)
Review Filem Mar Rak (Devil Love) oleh Bro Framestone
Untuk permulaan, Bro ingin ucapkan tahniah kepada Tuan Pengarah, Datuk T S Jeffry atas tayangan filem ini.
Boleh dikatakan Filem Mar Rak (Devil Love) ini agak menarik ditonton dengan sinematografi, permainan CGI yang menarik, topik yang diketengahkan serta menjadi platform mengetengahkan pelakon baru dalam industri.
Bro sendiri dilahirkan sekitar tahun 80an, tidak tahu banyak mengenai Menora Siam (Mungkin sebab ia popular disebelah pantai timur, dan mula diharamkan di Malaysia sekitar tahun 90an) terasa tertarik dengan warisan dan tradisi persembahan ini.
Melalui filem ini, boleh membantu generasi baru untuk ketahui sejarah dan latar belakang kebudayaan yang pernah ada di tanah air kita.
Dari segi pemilihan pelakon, Bro tak nak komen banyak. Biasalah pelakon baru, dan ada juga rakan-rakan industri yang tidak mengenali mereka lagi.
Cuma Bro boleh cakap bahawa, lakonan yang dibawa mereka agak mantap walaupun masih baru dalam industri filem. Dibantu pula dengan pelakon berpengalaman seperti Erry Putra dan Datuk T S Jeffry sendiri.
Ada beberapa babak dibantu oleh CGI setaraf filem antarabangsa menjadikan ia ‘unique selling point’ untuk Datuk T S Jeffry menghasilkan filem yang lagi menarik di masa depan.
Bagi rakan-rakan pembaca yang tertanya sama ada filem ini seram ke tidak. Bro boleh cakap, ianya tak menyeramkan sangat. Takat nak tutup muka kejab2 tue boleh la.
So apa lagi alasan korang untuk tidak pergi menonton filem Mar Rak (Devil Love) ini? Jom kita menonton Mar Rak (Devil Love) di pawagam berdekatan bermula 2 November 2023.