November 11, 2024

Indeks Perhubungan Prudential 2017 – Teknologi, Masa & Kewangan

Keluarga Bro Framestone Raya Pertama 2017
Tahun 2017 telah melabuhkan tirai, maka tahun 2018 mula membuka tirai yang pasti lebih mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Bro sendiri sebagai househusband pun agak tertekan juga.

Sewa rumah naik 16.7% bermula bulan ini. Nasi bajet tempat selalu Bro beli makanan tiap kali mood malas nak masak (sebab Bro sorang je makan waktu itu) dah naik 50sen.

Tidak lupa juga kos setiap kali ke Tesco berdekatan dengan rumah untuk membeli barang murah setiap kali ada promosi, perlu melalui tol dengan cas RM10 untuk pergi balik.

Maka, setiap kali untuk membeli belah, Bro perlu berkira-kira setiap kali untuk berjimat berbelanja, adakah ianya betul-betul menjimatkan atau sebaliknya.

Bila anak dah 2 orang, pasti bajet membeli belah akan tersasar sedikit. Perkara ini Bro ada kongsikan dalam artikel pada tahun lepas. Anda boleh baca melalui pautan dibawah.

BACA : Kaitan Antara Keluarga & Kewangan Dalam Indeks Perhubungan Prudential 2016.

Indeks Perhubungan Prudential 2017

Indeks Perhubungan Prudential 2017

Indeks Hubungan Prudential 2016 (Prudential Relationship Index atau PRI) yang sulung mengutarakan pemahaman yang lebih mendalam ke atas hubungan peribadi.

Penemuan ini menunjukkan kelakuan yang mempengaruhi hubungan dan pemacu utama yang menjadikannya lebih baik.

Indeks Perhubungan Prudential 2017Dengan pelancaran edisi kedua Indeks Hubungan Prudential (PRI), Prudential meneruskan usaha memahami keadaan hubungan di seluruh Asia, di Kemboja, China, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Di Malaysia, 516 temuramah telah dibuat melalui pensampelan atas talian yang terdiri daripada orang dewasa berusia antara 25 dan 55 tahun yang menetap di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya.

Responden memperoleh jumlah pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM4,000, yang mewakili kira-kira dua pertiga daripada pendapatan isi rumah teratas di bandar-bandar yang dikaji selidik.

Indeks Hubungan Prudential 2017 bagi Malaysia adalah 68/100. Ini bermakna, secara puratanya hubungan asas manusia memenuhi 68% daripada keperluan yang mereka ingini.

Sebaliknya, keputusan ini mendedahkan bahawa terdapat “jurang hubungan” sebanyak 32% di Malaysia. Skor bagi 2017 menunjukkan kejatuhan 3 mata daripada skor Malaysia pada 2016 (68/100).

Untuk Indeks Perhubungan Prudential 2017 yang baru dikeluarkan, Bro ingin menyentuh beberapa isu Teknologi dan Pembahagian Masa dalam merapatkan ‘jurang hubungan’.

Begitu juga dengan perancangan kewangan mempengaruhi tahap hubungan kekeluargaan /pasangan.

Waktu Bersama Diluangkan Bersama Gajet Berbanding Pasangan / Keluarga

Anti Sosial

Tidak dapat dinafikan, zaman sekarang kita lebih banyak luangkan masa bersama gajet sampai gagal memberi perhatian kepada keadaan sekeliling kita.

Kadangkala walaupun duduk sekali menonton tv diruang tamu mahupun keluar makan bersama. Ada ketikanya semuanya menghadap gajet berbanding menggunakan masa tersebut sebaik mungkin bersama pasangan / keluarga.

Menurut Indeks Perhubungan Prudential 2017,

Kebanyakan rakyat Malaysia berkata waktu makan akan menjadi lebih baik jika telefon dimatikan (85%) dan separuh daripada mereka merasakan bahawa waktu yang dihabiskan di telefon memberi kesan buruk kepada hubungan keluarga.

Sebanyak 56% percaya bahawa masa yang mereka habiskan di telefon mereka mempunyai kesan negatif terhadap hubungan mereka dengan ahli keluarga.

Telefon bimbit juga menjejaskan hubungan kekeluargaan dengan 84% rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa sesetengah keluarga menghabiskan terlalu banyak masa di telefon daripada berinteraksi di antara satu sama lain, bahagian tertinggi dari sembilan negara yang ditinjau pada tahun 2017.

Ini telah menyebabkan sebanyak 85% berfikir bahawa waktu makan akan menjadi lebih baik jika semua orang mematikan telefon mereka. Dengan cara ini, seisi keluarga akan dapat menghabiskan masa dengan kualiti untuk bertanyakan tentang kehidupan masing-masing, dengan memberikan perhatian yang betul.

Bro sendiri kadangkala bagi gajet (telefon) kepada anak supaya mereka berkelakuan baik ketika makan diluar dan bagi sedikit ketenangan kepada Bro dan puan isteri untuk nikmati makanan kami.

Bro juga kadangkala bermain game pada telefon pintar ketika makan.

Puan isteri juga, kadangkala terpaksa melayan group-group chat di telefonnya berkaitan kerja ketika kami makan bersama. Tapi selalunya dia layan drama yang di’stream’ sebab tak nak ketinggalan episod terkini.

Memang sukar untuk jauhkan telefon pintar dari hidup ini kecuali bila bateri habis dan tiada power bank atau tempat untuk mengecasnya.

SUMBER : SAYA MAHUKAN HUBUNGAN SEBENAR, BUKANNYA DENGAN TELEFON!

Perancangan Kewangan

Duit Menyebabkan Kita Hilang Kawan
Kajian menunjukkan bahawa 55% rakyat Malaysia yang tidak merancang kewangan bersama pasangan tidak beranggapan bahawa kewangan mereka akan bertambah baik.

Jumlah ini juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia lebih cenderung untuk tidak berkongsi tanggungjawab kewangan dengan pasangan berbanding dengan negara Asia yang lain. Malaysia merupakan negara kedua terendah dari sembilan negara dengan hanya 32% yang menggabungkan sumber kewangan mereka bersama.

Lebih mengejutkan lagi, sebanyak 17% rakyat Malaysia tidak menggabungkan sumber kewangan mereka bersama pasangan, ini mungkin menunjukkan bahawa mereka mempunyai masalah kurang kepercayaan terhadap perihal kewangan.

Statistik menunjukkan pasangan yang mengumpul kewangan bersama merasa kepuasan yang lebih tinggi dalam hubungan (72/100) berbanding mereka yang merancang kewangan secara berasingan (52/100).

Indeks Perhubungan Prudential 2017

Bro sendiri akui,

Bro dan pasangan selalu berkongsi tanggungjawab kewangan bersama, dalam masa yang sama merancang sumber kewangan bersama dengan melakukan beberapa pelaburan kecil untuk tempoh jangka panjang.

Cuma kadangkala bila ada masalah kewangan, Bro selalu rahsiakan dari pengetahuan keluarga (ketika ini akan nampak sedikit stress terpapar pada wajah). Bagaimanapun Bro selaku ketua keluarga, akan berusaha untuk cari mana-mana peluang untuk menyelesaikan permasalahan ini.

Bila anak makin membesar dan bersekolah,

Bro perlu kerja lebih sikit untuk memastikan kewangan lebih stabil dan mampu menampung kehidupan seharian kami sekeluarga.

Pasangan dan keluarga sepatutnya dapat secara terang-terangan berbincang tentang kewangan untuk memastikan terdapat jaminan kewangan untuk hari tua mereka. Keluarga juga mewujudkan ikatan yang lebih baik di antara ahli keluarga dengan lebih telus lagi.

Jika anda ingin memastikan masa depan kewangan anda terjamin, dapatkan khidmat perancang kewangan. Perancangan yang cermat akan dapat membantu anda menyediakan payung sebelum hujan kelak.

SUMBER : PERANCANGAN KEWANGAN: GAGAL UNTUK MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL

 

Maka, apa pendapat anda mengenai indeks perhubungan anda sekarang?

Anda boleh dapatkan maklumat lengkap mengenai Indeks Perhubungan Prudential 2017 dengan memuat turun DI SINI atau layari https://www.prudentialrelationshipindex.com/my/

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Indeks Perhubungan Prudential 2017 – Teknologi, Masa & Kewangan

  1. Wow bro info yang sangat menarik ni. Dunia gadget ni memang setuju. Time makan tu bawak bawak la matikan atau silent kan phone. Idak teet teet tengah makan, jadi mengganggu sedikit la orang sekeliling. Nak makan secara aman matikan terus la phone tu ….

    Cost of living di Malaysia pun makin lama makin tinggi. Kena ada jaminan kewangan untuk keluarga. Contohnya ambik hibah etc….

  2. Dah masuk tahun 2018 ni.. apa yang sudah tentu terjadi ialah kos hidup bertambah.. mustahil lah kos hidup akan berkurangan kan.. tahun demi tahun pastinya kenaikan je yang kita nampak.. paling sadis.. minyak asik la naik jee.. turunnya idakkk.. huhu.. terkejut TB bila baca pergi balik tol Bro RM10.. fuh.. dasyat.. mujur tempat TB dah redah tol.. apa-apa pun.. semoga tahun 2018 ni bro dan kawan2 semua dimurahkan rezeki selalu.. Aamiinn

  3. Yahh nice sharing bro. Memang bagus ada perancang kewangan ni…tapi sis selalu geram je sb setiap tahun kena byk masuk kat tmpt diorg, tahu duit tu sume duit kita bila dh cukup matang tapi ya lah…kdg2 nk belanja lbh tp nak kuarkan dr situ x leh sb target kuarkan bila umur dah tua..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *