Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dilancarkan secara rasmi dengan beberapa fungsi baru yang pastinya memberikan pengalaman unik buat pencinta makanan di luar sana.
Diilhamkan daripada program kembara makanan popular TV3, Jalan Jalan Cari Makan, aplikasi ini membolehkan pengguna mendapatkan info-info menarik mengenai tempat-tempat makan menarik yang pernah dikunjungi produksi Jalan Jalan Cari Makan selain beberapa lagi fungsi menarik yang lain.
Antara fungsi baru yang menarik perhatian adalah tawaran diskaun dan potongan hebat restoran dan tempat makan seluruh negara menerusi kerjasama dengan Offpeak.
Pengguna JJCM boleh mendapatkan diskaun sehingga 70% bagi restoran terpilih menerusi paparan “Offpeak Deals” yang akan sentiasa dikemaskini setiap hari.
Aplikasi JJCM juga turut menawarkan fungsi tempahan restoran menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama Offpeak.
Dengan hanya beberapa langkah mudah, pengguna aplikasi JJCM tidak perlu lagi beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk menikmati hidangan kesukaan di restoran kegemaran mereka.
Hanya pilih restoran yang mana berkenan di hati, masukkan nombor telefon bimbit, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung, mereka kemudiannya akan menerima pengesahan tempahan menerusi emel.
Segalanya lebih mudah menggunakan aplikasi JJCM. Tambahan pula, pengguna tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan fungsi ini.
Bayar apa yang mereka makan, tanpa sebarang caj tambahan.
Selain itu, aplikasi JJCM telah pun diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan mesra pengguna.
Fungsi carian berdekatan pula membolehkan pengguna melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS mereka.
Seperti contohnya, sekiranya mereka berada di Damansara, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat makan pilihan JJCM yang berada dalam radius Damansara.
Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store bagi pengguna iOS manakala pengguna Android pula di Play Store.
dah ada apps macam ni senang nak reply kalau jenis suka tanya mkan mana haha