Berita baik buat anak Bro dan juga peminat animasi No. 1 di Malaysia – Upin & Ipin.
Teaser filem terbaru mereka Upin Ipin – Jeng Jeng Jeng telah dimuat naik di laman Youtube Channel Les’ Copaque dimana menampilkan Pelakon Wanita Terbaik Asia – Puteri Balqis.
Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng ini merupakan kerjasama di antara Les’ Copaque Production dan KRU Studios dengan memperkenalkan watak utama iaitu Puteri Balqis.
Bagaimana pun tidak dinyatakan bila filem ini bakal ditayangkan. Cuma dinyatakan ia tidak lama lagi.
Bro memang minat dengan Puteri Balqis dek lakonan mantap beliau yang boleh membuatkan penonton tersenyum ataupun menitiskan air mata.
Dalam teaser kita boleh nampak watak Balqis berinteraksi dengan watak Upin & Ipin yang seolah-olah hidup di dunia nyata. Pergerakan animasi yang nampak lebih realistik dan berbeza dengan siri.
Buat masa kini, tiada pengenalan watak-watak lain dan gambaran jalan cerita penuh. Sama-sama kita nantikan.
Sumber : mohdzarin.com
bukan senang tuh , lakonan sebenar upin ipin takda.. tapi buat2 macam ada.. bila dah edit baru dia letak upin ipin.. salute to puteri balqis
Anak-anak suka nak menonton. Kalau dilancarkan semasa cuti sekolah lagi ramai akan bawa anak-anak ke pewagam.
keren,,, anak-anak suka upin-ipin karena lucu dan menggemaskan
Kena bawa anak-anak menonton filem UI ni…tapi mesti lambat lagi kan?
wah! saya juga minat Upin dan Ipin
saya sendiri pun suka tengok hahahahhaha
lagi produk filem dari upin ipin..mesti terbaik ni.. KRU antara penggiat filem dengan CGI terbauik setakat ini di negara kita, dan Les COpaque syarikat animasi terbaik di Malaysia..bergabung, meletup,,heheh
Assalammualaikum… bro,
cerita upin ipin berkerjasama dengan pelakon cilik puteri balqis.. terbaik nie. Satu tarikan orang untuk ke pawagam bersama2 anak2.. kena tunggu nie. Mesti meletop pawagam..
mselim3