Ada sesiapa di sini minat makan di Nando’s?
Bagi kami sekeluarga, Nando’s merupakan lokasi kami selalu open table setiap bulan. Kenapa setiap bulan kami pergi ke Nando’s?
Antara sebabnya :-
- Nando’s terletak di AEON Rawang yang merupakan lokasi kami sekeluarga luangkan masa setiap minggu dan berdekatan dengan rumah.
- Suasana dalam Nando’s Rawang lebih kepada family friendly. So agak selesa untuk makan sambil bawa anak kecil.
- Hidangnya bersama sos peri-peri mampu bangkitkan selera makan kami sekeluarga. Lagipun ada set kanak-kanak dimana ia disukai oleh anak kami.
- Lebih penjimatan. Macam mana? Baca sehingga habis artikle ini.
Gambar Kak Long Fisha sebelum bergelar Kak Long. Rasanya umurnya waktu ini baru setahun 2 bulan. Memang suka dia makan dekat sini.
Ini bukan Kak Long Fisha, ini Baby Fyna yakni adik kepada Kak Long Fisha, waktu ini dia baru berumur 10 bulan jika tak salah.
Dia paling suka sekali kalau dapat makan dekat sini.
Ini pula, sewaktu bawa adik beradik keluar makan di Nando’s Rawang juga. Alang-alang dorang turun sini, apa salahnya open table kan.
Mesti korang nak tahu, bagaimana Bro dan keluarga berjimat sambil berbelanja di Nando’s Malaysia?
Kalau ikutkan, Bro bukannya mampu sangat nak open table selalu. Bro sekadar househusband dan pendapatan pun tak tetap setiap bulan. Ada rezeki lebih, apa salahnya open table untuk keluarga kan.
Ok, di sini Bro kongsikan beberapa tip yang mungkin sesuai untuk korang amalkan.
1. Voucher Nando’s
He…23x kalau guna voucher memang la jimat, duit poket pun tak terusik. Tapi itulah kenyataannya, kalau korang nak berjimat sambil menikmati keenakkan ayam Nando’s
Tapi bagaimana nak dapatkan Voucher Nando’s?
Bro sebagai seorang Blogger, rasanya tiada masalah untuk Bro dapat. Tapi bukan selalunya Bro gunakan title “blogger” untuk mendapatkan voucher Nando’s (Rezeki Dari Blog).
Ada sesetengahnya Bro dapat dengan menyertai contest atau kempen yang mereka tengah jalankan di Facebook, instagram atau twitter.
Kadangkala,
Sewaktu makan, Bro selalu selongkar apa yang ada atas meja termasuk buku menu mereka.
Ada kalanya diselitkan dengan apa-apa contest (contoh : welfie di Nando’s). Percubaan pertama Bro melayakan Bro dapat 1 voucher kemudian diikuti oleh rakan-rakan yang terpengaruh dengan kemenangan Bro.
Lagipun ianya contest mingguan. Tak salah cuba nasib, mana tahu ada rezeki.
2- Aplikasi Nando’s di Smartphone
Tak guna jika korang ada smartphone canggih2 tetapi tak install aplikasi ini.
Setiap pembelian RM30 dalam satu resit (bagi 1 kunjungan) anda akan menerima point dalam bentuk ‘Chilis’. Cukup 3 ‘Chilis’ anda akan dapat ayam percuma.
Untuk permulaan anda akan menerima 1/4 ayam. Bila masuk Chilis ke-6, anda akan dapat 1/2 ayam. Cukup 9 Chilis, anda dapat seekor ayam.
Kemudian chilis anda akan direset kepada kosong semula, then kumpulkan balik.
Pastikan anda redeem ayam anda dalam tempoh 6 bulan, jika tidak ayam itu larik kecewa dengan anda. Kan dah melepas.
Muat turun sekarang dan anda akan menerima 1 Chilis secara percuma.
Atau korang tunjukkan je no keahlian Bro dalam screenshoot diatas. Dapat juga bro free chilis dari korang he…23x Rezeki.. Rezeki…
Info lanjut anda boleh baca di : Makan dan Tebus Ganjaran Melalui Nando’s App.
3- Sertai Contest di Laman Sosial Nando’s Malaysia
Seperti yang Bro nyatakan di point pertama, anda boleh dapatkan voucher Nando’s dengan menyertai contest anjuran mereka.
Di sini, Bro senaraikan list akaun sosila media dorang untuk korang follow :-
- Facebook Page : https://www.facebook.com/nandos.my/
- Twitter : https://twitter.com/NandosMY
- Instagram : https://www.instagram.com/nandosMY/
4- Lebih Penjimatan bagi pemengang Kad AEON
Tujuan asal Bro memiliki Kad AEON semata-mata nak dapatkan parking percuma untuk 2 jam pertama setiap kali pergi ke AEON Rawang (Satu-satunya pasaraya yang berdekatan dengan rumah Bro).
Kemudian menikmati segala potongan harga istimewa buat ahlinya terutama sewaktu AEON Member Day.
Rupanya ada keistimewaan lain juga bagi pengguna kad ini. Dimana dengan pembelian 1 set 1/4 ayam bersama 2 sideline + minuman, akan dapat set kanak-kanak secara percuma.
He…23x Dah jimat banyak dekat situ untuk makanan Kak Long Fisha dan Baby Fyna.
Set kanak-kanak.
Kami amik chicken wing + nasi + buah-buahan dan minuman jus. Semuanya yang mereka biasa makan. Tapi selalunya chicken wing tue akan ditapau bawa balik untuk mak bapak dia makan di rumah.
5 – Nandos Malaysia – How was it 4 you?
Sekiranya anda berbelanja di mana-mana restorant Nando’s Malaysia, jangan pula korang buang resitnya. Rugi besar jika korang buang.
Pada resit itu disertakan kod untuk membolehkan anda memenangi hidangan termasuk untuk 10 orang rakan anda setiap bulan.
Apa yang anda perlu buat?
Log masuk ke www.howwasit4you.net kemudian isi detail seperti yang dinyatakan pada resit pembelian anda (1 resit hanya boleh digunakan sekali).
Jawab beberapa soalan survey berkaitan pengalaman anda sewaktu berbelanja di Nando’s berserta beberapa soalan bonus. Selesaikan semua soalan sehingga tamat.
5 pemenang akan dipilih setiap bulan.
Siapa tahu, rezeki korang. Dapat juga makan Nando’s percuma bersama dengan 10 orang rakan / ahli keluarga anda. Tak salah berkongsi rezeki.
Selamat mencuba.
Penafian : Ini bukan artikle berbayar / ditaja. Sekadar perkongsian dari blogger bernama Bro Framestone dengan niat berkongsi tip dan ingin lebih ramai menikmati keenakan ayam Nando’s.
Ini kerana terbaca ebook Amalan Orang Murah Rezeki!
Sudah boleh jadi duta Nandos dah nih? Teringat-ingat ayam Nandos. :)
Kalau la mampu jadi duta kan.
ayam dia best kan. nnt ajak2 la makan sama2 bro. hehe
He…23x insya’lah tp kena turun Rawang pada waktu xde halangan untuk open table ;)
ooo mcm tu rupanya.. sebab tu selalu tgk bro post mkn di nando..
Gitew la ceritanya…. hope sudi share tentang ini dengan rakan-rakan ;)
Nyimak artikelnya gan? :)
menarik juga, sesuai utk sapa yang diet
keluarga yang bahagia ^^
liat makanannya pun jadi laperrrrrrr
hehee^^
Untungla jadi duta nando.. mesti nando bayar mahal kan.. ehehe
nanti kalu gi Nandos kena bawak ko ni.ahaha
Mudahnya nak berjimat kalau tahu cara…
tgok sos tu teringin nak makan oiii…haha
Kita kalau jumpa sos tue dekat pasaraya, memang borong bawak balik