You are here
Home > Jalan Cari Makan > Menikmati Nando’s di Jusco Rawang

Menikmati Nando’s di Jusco Rawang

Menikmati Nando's di Jusco Rawang
Sempena ulang tahun kelahiran Baby Fisha yang ke setahun + sebulan, maka bawa dia pergi makan di Nando’s Jusco Rawang.

Ini je lokasi Nando’s yang dekat dengan rumah.

Rasanya sebelum ini, tak pernah bawa dia ke Nando’s.

Ok tipu je…. Sebelum ini pernah bawa, cuma waktu itu dia baru berumur beberapa bulan. Orang lain makan, dia tidur sambil minum susu.

So kali ini, bawa dia ke sini. Memang bulat terus mata dia walaupun waktu itu dah masuk waktu wajib dia tidur (kul 8-9 malam adalah waktu dia biasa tidur).

Aksi Baby Fisha Order Makanan di Nando’s

Menikmati Nando's di Jusco Rawang

Menikmati Nando's di Jusco Rawang

Menikmati Nando's di Jusco Rawang

Menikmati Nando's di Jusco Rawang

Tengok gaya macam dia yang pilih order, menu makan dia belek-belek dan tengok satu persatu.

Mungkin sebab nampak menu ini cantik kot. Ke sebab buku menu ini tebal dan keras. Itu sebab dia geram, geram tak dapat nak koyakan.

Apakah…!!!

Bila tengok gambar ini banyak kali, rasa macam budak ini cepat matang selain cepat belajar.

Selepas ini, mesti daddy makin penat nak jaga Baby Fisha.

Aksi Baby Fisha Makan di Nando’s

Menikmati Nando's di Jusco Rawang

Makanan tak sampai lagi,

So kita minum dulu. Nak minum pakai straw tak pandai menyedut lagi. So terpaksa bagi dia minum macam ini.

Kalau bagi minum pakai cawan (walaupun dia pandai) tapi risau basah pula baju dia. Kalau dekat rumah tak kisah, boleh tukar baju lain.

Menikmati Nando's di Jusco Rawang

Menikmati Nando's di Jusco Rawang

Menikmati Nando's di Jusco Rawang

Ambil gambar dulu sebelum makan.

Dah kenapa pula si Fisha buat muka macam itu, terkenan dengan Mr. Ray anak kepada blogger Melastik Bintang ke?

Dah 2-3 bulan dia suka buat muka macam itu, cuma kali ini berjaya ambil gambar dia.

Menikmati Nando's di Jusco Rawang
Besarnya dia nganga mulut.

Senang je nak bagi Baby Fisha makan, asal sua je makanan mesti dia akan nganga mulut kecuali kalau dia dah kenyang sangat.

Lepas kenyang, lepaskan dia bermain dekat dengan meja kami makan. Selamat pelangan tak ramai waktu itu, so senang sikit nak pantau.

Malangnya, Baby Fisha ini peramah sangat. Asal ada pelangan masuk, dia yang sapa dulu. Pekerja Nando’s pula macam terhibur dengan telatah Baby Fisha. Hilang stress dorang kerja hari itu kot.

Baby Fisha siap round dalam Nando’s sampai ke dapur. Sebab nak tengok apa pekerja Nando’s tengah buat. Gaya dah macam mandor la pula, lepas itu membebel sorang-sorang pada pekerja disana.

Wahhhhh…!! Itu ikut perangai sapa la tue ek?

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

13 thoughts on “Menikmati Nando’s di Jusco Rawang

Leave a Reply

Top