Nando’s Malaysia telah memperkenalkan perisa terbarunya yakni Smoky PERi-PERi Chicken pada bulan November 2018 mengantikan perisa Mango & Lime yang sentiasa menjadi pilihan Bro sekeluarga.
Tapi tak salah kot untuk kami sekeluarga mencuba menu terkini dari Nando’s.
Percubaan pertama kami tidak mengecewakan, malah kami sekeluarga tertarik dan menikmati perisa Smoky PERi-PERi ini. Malah, anak kami juga tiada masalah untuk menikmatinya (Selama ini, ambil ‘plain’ sahaja untuk mereka).
Smoky PERi-PERi Chicken Lebih Enak & Tidak Terlalu Pedas
Seperti yang kita ketahui, Nando’s terkenal kerana ayam panggang api PERi-PERi mereka sentiasa menawan deria rasa dengan ramuan PERi-PERi mereka.
Diilhamkan oleh gabungan ajaib warna-warni Afrika, warisan unik dan rasa berasap hasil kaedah memasak terbuka, maka Smoky PERi-PERi yang ‘super-natural’ terhasil.
Ia memberikan rasa paprika yang kaya, manis dan berasap, sedikit rasa limau, gabungan herba yang menarik dan sememangnya sentuhan Cili Api PERi-PERi tersendiri Nando’s. Semua gabungan ini memberikan rasa berasap unik yang mengimbau suasana barbeku yang baik.
Dikatakan Smoky PERi-PERI lebih pedas daripada Lemon & Herba (yang juga mengandungi cili ajaib secara kebetulan) tetapi kurang pedas daripada rasa Sederhananya.
Ia sesuai untuk mereka yang menggemari makanan berperisa tetapi tidak terlalu pedas dan ia memperkenalkan satu dimensi baharu ke rangkaian rasa ayam Nando’s yang dipanggang dengan api dan itulah bagaimana wujudnya Smoky PERi-PERi.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nando’s, anda boleh layari www.nandos.com.my
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter