October 9, 2024

Siapakah Bakal Juara Maharaja Lawak Mega 2018?

Bakal Juara Maharaja Lawak Mega 2018
Siapakah bakal juara Maharaja Lawak Mega 2018 dan akan membawa pulang wang kemenangan bernilai RM500,000?

Segala-galanya akan terjawab minggu ini apabila 5 finalis MLM 2018 terdiri daripada kumpulan Bocey, Zero, Shiro, Puteh dan Taman akan beraksi di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2018.

Setelah berentap selama 11 minggu dengan menyahut 13 cabaran persembahan lawak pelbagai tema dan melepasi lapan sesi penyingkiran, Jumaat lalu menyaksikan lima peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) berjaya melangkah ke minggu akhir sekaligus menjadikan mereka lima peserta terbaik pada musim ini.

Untuk rekod, Bocey telah dua kali dinobatkan selaku juara Maharaja Lawak Mega iaitu pada tahun 2016 dan 2017, manakala Zero pula merupakan juara pada edisi 2014.

Kumpulan Shiro yang cukup sinonim dengan persembahan lawak yang diselit pengajaran ialah naib juara MLM 2017. Puteh pula pernah menduduki tempat ketiga pada MLM 2016 dan tempat kelima pada MLM 2017.

Kumpulan baharu pada musim ini iaitu Taman yang menyaksikan gandingan dua pelawak berpengalaman, Tauke dan Man, merupakan antara peserta yang berjaya mempamerkan persembahan cemerlang setiap minggu.

Ternyata, barisan finalis pada musim ini bukan calang-calang.

Persoalannya, siapakah di antara mereka berlima yang akan menjulang trofi juara Maharaja Lawak Mega 2018 dan membawa pulang wang kemenangan bernilai RM500,000? Semuanya bergantung pada persembahan mereka yang bertemakan ‘Muzikal’ dan ‘Bebas’.

Mampukah mereka memikat hati barisan juri; Douglas Lim, Remy Ishak, Scha Alyahya dan Tya Arifin serta peminat menerusi dua persembahan terakhir mereka di pentas MLM 2018 pada Jumaat ini? Sama-sama kita saksikan.

Review Bro Framestone Mengenai Finalis Maharaja Lawak Mega 2018

Finalis Maharaja Lawak Mega 2018

Tidak dinafikan Bocey mempunyai peluang besar untuk bergelar juara walaupun pada musim ini ada beberapa kali undian tidak menyebelahi mereka untuk berada di kedudukan dibawah selepas undian ditutup.

Bagaimanapun, dari pengalaman sebelum ini. Bocey sentiasa menyimpan ‘senjata’ dan ‘energy’ mereka untuk diguna habis-habisan di pentas akhir.

Trio yang menampilkan Fad, Achey dan Abam memang serasi dari awal penubuhan Bocey dimana mampu menggugat kedudukan pelawak lama sewaktu pertama kali beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega.

Bagi Zero, selaku bekas juara Maharaja Lawak Mega 2014 gagal mengekalkan momentum sepanjang musim ini. Adakalanya lawak mereka berjaya memikat hati juri dan penonton, adakalanya ke laut juga.

Edisi sebelum ini, mereka sentiasa memberikan persembahan terbaik dari minggu ke minggu. Malangnya di pentas akhir, mereka kehilangan aura yang selama ini menyengat.

Adakah mereka juga kurang menyengat di pentas akhir kali ini?

Lawak Shiro tidak pernah menghampakan. Sejak dari dulu persembahan mereka sentiasa konsisten dan mempunyai aura tersendiri yang mampu memukau juri dan para penonton. Malangnya, mereka tidak pernah dinorbatkan sebagai juara walaupun mendapat undian tertinggi hampir setiap minggu.

Adakah mereka mampu bergelar juara bagi musim kali ini?

Semuanya bergantung kemampuan mereka menarik minat anda mengundi mereka. Minggu semi-final tempoh hari ada beberapa kesalahan dilakukan oleh mereka diatas pentas. Walaupun sebelum ini pernah juga berlaku tetapi tidak sebanyak yang terjadi baru-baru ini.

Bagi kumpulan Puteh pula, ini merupakan kali ke-3 mereka melangkah ke pentas akhir Maharaja Lawak Mega.

Bagaimanapun Bro perasan ada juri yang tidak tahu / tak pernah tahu bahawa Puteh pernah jadi finalis sebelum ini. Dan mereka sendiri menyatakan tidak menjangka bahawa Puteh mampu ke pentas akhir. WTH?

Mampukah Puteh melakukan yang terbaik di pentas kali ini?

Akhir sekali, Kumpulan Taman yang mengandingkan Tauke dan Man buat pertama kalinya.

Jika ikut pengalaman, Tauke sudah beberapa kali melangkah ke pentas akhir bersama kumpulan Jambu dan LOL. Walupun momentum mereka bagus setiap minggu tetapi tetap kecundang di pentas akhir. Pelik bukan?

Musim ini, Kumpulan Taman hilang rentaknya bila 2 minggu terakhir ini gagal memberi persembahan terbaik. Mungkin ini terjadi akibat kontroversi yang dialami oleh Tauke sehinggakan kumpulan Taman hilang rentak.

Bagi Man pula, selaku bekas Juara Raja Lawak 5 gagal meletakkan dirinya antara pelawak terbaik ketika ini. Tetapi melalui gabungan beliau dengan Tauke, aura beliau sebagai pelawak mula menyerlah dan menampak kemampuan beliau untuk ‘melawak’ bertaraf otai.

Beliau menangis apabila kumpulan Taman tersingkir melalui Prank yang dilakukan oleh Dato Ac Mizal.

Walaupun ada desas desus mengatakan lawak mereka hampir sama seperti lawak kumpulan Jambu (Bro sendiri pun rasa begitu), tetapi tetap terasa Taman mempunyai aura lawaknya yang tersendiri.

Untuk menghangatkan lagi kemeriahan minggu akhir MLM 2018, Astro Warna bakal menganjurkan Karnival Lawak Mega yang akan berlangsung pada hari yang sama iaitu 18 Januari 2019 bermula jam 10.30 pagi hingga 11.00 malam di Royal Teater, Shah Alam.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti beramah mesra bersama pelawak popular, finalis MLM 2018 dan pelakon drama popular. Selain itu, terdapat juga pertunjukkan silap mata, badut jalanan, foodtruck serta pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

Masuk adalah percuma!!!

Nota Kaki : Bagi edisi Maharaja Lawak Mega 2018 ini, Bro meletakan harapan yang tinggi pada kumpulan Masin dan Chilok yang nampak lebih menyerlah pada edisi kali ini. Malangnya mereka gagal mengekalkan momentum dan tersingkir awal.

Diharapkan edisi akan datang, diberi peluang kepada pelawak baru dan dikurangkan muka ‘juara’ diatas pentas.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Siapakah Bakal Juara Maharaja Lawak Mega 2018?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *