Ada tak peminat kopi di sini?
Hari ini, Bro ingin berkongsi sedikit fakta serta sains yang selama ini menjadi rahsia disebalik kesedapan / keenakan kopi terbaik yang korang nikmati selama ini.
Baru-baru ini, Bro berkesempatan singah ke booth Dutch Lady sewaktu pameran Cafe Malaysia 2019 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
Di booth Dutch Lady, Bro berkenalan dengan Ramjeet Kaur Virik.
Beliau baru sahaja dilantik sebagai Pengurus Pemasaran, Consumer Dairy Dutch Lady Milk Industries Berhad bermula 1 Januari 2018.
Mempunyai pengalaman selama 18 tahun berkongsi rahsia disebalik kesedapan / keenakan kopi terbaik.
Semuanya bergantung pada kepakaran Barista untuk menghasilkan kopi terbaik dan juga susu berkualiti untuk menyempurnakan hidangan yang disajikan.
Menurut Ramjeet, kepakaran Barista mampu mengimbangkan keenakan dan kesedapan susu pada kopi yang dihidangkan.
Kepakaran mereka bukan sekadar itu malah mampu menghasilkan seni pada latte diatas berbuih yang meliputi atas cappuccino.
Asal usul susu berkualiti juga memainkan peranan dalam memberi perbezaan ketara kepada rasa kopi yang dinikmati.
Sama seperti Barista, Dutch Lady juga memahami sains disebalik susu terbaik untuk memenuhi keinginan peminat kopi seperti anda.
Beliau juga turut berkongsi beberapa tip untuk menguasai kepakaran menghasilkan hidangan kopi yang sempurna.
Salah seorang Barista sedang beraksi sambil melakukan demontrasi mengekstrak kopi dari biji kopi yang telah dikisar. Ada bezanya antara 2-shot dengan 1-shot.
Itu baru part kopi, belum lagi part susu.
Untuk penyediaan susunya pula, ini antara tip yang dikongsikan oleh Ramjeet.
1 – Stretch (Rengangan)
Perkara pertama yang perlu anda lakukan, adalag Stretch dimana steam wand perlu berada 2mm dibawah permukaan susu dalam jug yang berisi separuh susu.
Tempoh masa ‘Stretch ‘juga memberi definasi kopi yang ingin anda buat.
Bagi tempoh masa 1-2 saat, ianya sesuai untuk Flat White, Latte & Mocha. Manakala 4-5 saat pula untuk Cappuccino.
Untuk membuat buih yang lembut secara stabil dan konsistent memerlukan pasteur susu segar seperti yang terdapat pada susu Dutch Lady. Ianya berkrim dengan citarasa yang sempurna untuk dinikmati bersama minuman sejuk mahupun yang panas.
2- Swirl (Pusaran)
Naikan jug ke atas untuk melakukan proses Swirl.
Ada akan mendengar desahan dari susu tadi ketika ianya mencecah susu 60 – 65 darjah celsuis. Berhati-hati bila susu berada pada kepanasan ini, takut ianya mencederakan anda ataupun susu rosak akibat swirl terlalu lama.
3- Serve (Hidangkan)
Dengan tumpuan yang diberikan ketika ‘strech’ dan ‘swirl’ susu tadi, maka buih dan testur yang terhasil menyempurnakan kopi yang dihidangkan.
Sama seperti Dutch Lady yang memberi penekanan dalaman serta luaran kualiti standard dalam memastikan keselamatan dan kualiti rantaian susunya dari ladang hingga kepada pengguna.
4- Save (Penjimatan)
Dengan adanya susu berkualiti Dutch Lady PureFarm serta modul penyediaan yang disediakan, mampu membantu anda memahami sukatan setiap cawan kopi berasaskan susu. Secara tidak langsung ianya mampu meningkat keuntungan anda (sekiranya anda berniaga kopi) serta mengeratkan lagi ikatan kerjasama yang terjalin.
Nota Kaki : 1 kotak Dutch Lady PureFarm (bersaiz 1 liter) mampu menghasilkan 12 cawan kopi dan seeloknya disimpan pada suhu diantara 0 – 4 darjah celsuis. Ia perlu dihabiskan dalam tempoh 3 hari selepas dibuka.
Buih susu terhasil sewaktu proses ‘swirl’ pada suhu di antara 60 – 65 darjah celsuis dan jangan melebihi suhu 70 darjah celsuis kerana ianya bakal memberi rasa yang kurang enak.
Jangan dipanaskan susu lebih dari sekali, kerana protein pada susu akan rosak.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk susu Dutch Lady PureFarm, anda boleh layari www.dutchlady.com.my
Ketika berada di booth Dutch Lady, Bro berpeluang berjumpa dan melihat sendiri demontrasi dari Jason Loo yang merupakan World Barista Championship bagi tahun 2015 & 2017.
Bukan calang-calang orang ini.
Mana la tahu dari tunjuk ajar yang diberikan serta tip yang Bro dapati dari Dutch Lady, membolehkan Bro menjadi Barista dimasa akan datang ;)
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter