Baru-baru ini Bro bersama rakan blogger dari Kuala lumpur telah turun ke Dataran Segamat, Johor.
Bukan saja-saja kami turun ke sana, kehadiran kami disana sempena membuat liputan mengenai Festival Gempita Hulubalang Melayu yang berlangsung disana.
Agak lewat juga kami bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Segamat.
Selamat perjalan kami tak membosankan bila ada yang sudi berborak dan beramah mesra dalam kereta. Cuma driver je la, pening kepala nak melayan dorang + melayan trafik jem di Port Dickson.
Kemudian, dah ok dah.
Cuma bila keluar dekat Tangkak. Driver jadi culture shock sekejab bila bawa kereta.
Nampak memasing muka cuak he…23x Nasib korang la.
Sampai sahaja di Dataran Segamat, kami terus check-in hotel dan makan tengahari kerana upacara pada sebelah petangnya bermula pukul 4 petang.
Disebabkan kami terawal sampai, maka sempat bergambar seround dua.
Sila abaikan aksi Bro dalam gambar diatas. Adakah itu aksi Ultraman…!!! Tapi yang sebelahnya pula, aksi apa ek?
Sepanjang berada disini….. Erm…..!!! Bukan nak mengungkit ke or bangga diri or riak…
Cuma kalau boleh tak nak la cakap, “Jangan Cakap Abang Tak Payung” Payung sorang sebatang Bro berikan buat blogger gegurl yang ikut sama.
Kami lelaki, tak perlu payung.
Tapi disebabkan DSLR kami pegang, maka mereka la yang perlu memayung kami.
Nampak tak….
Nampak tak apa yang Bro cuba kongsikan disini.
Pantang nampak pelakon sado, hensem, kacak, bergaya. Tengok Bro tak de, dorang yang bergambar dulu. Ada sesiapa mengenali Pelakon ini?
Segala perkongsikan kami sepanjang membuat liputan disana telah kami kongsikan di blog. Anda boleh baca melalui pautan dibawah ini.
Bro pertama kali berjumpa dengan blogger, Mohd Azrin Abu Bakar yang menetap di Segamat. Dengar cerita dia seludup keluar rumah selepas anaknya tidur. Ke lepas isterinya tidur. Itu tidak dapat dipastikan.
Apa-apa pun terima kasih kerana sudi mencemar duli memalam semata-mata nak berjumpa dengan Bro.
Bicara Bro : Malangnya seawal pukul 5 pagi kami dah bergerak pulang ke Ibu Kota untuk aktiviti lain. Memasing dah terlelap.
Yang tak terlelap hanya si Ayue Idris, itu pun sebab dia risau Bro pandu sensorang. Dia cakap Bro pandu macam…… Ada sesiapa nak cari driver tak?
terbaik.. ! jangan kata kami tak nak payungkan abang yer.. hahahaha.. :)
He…23x tapi awat kamera Bro basah…. bukan korang yang payungkan diri korang ke?
Berjemaah ke Selatan tanah air nampaknya.
jalan sakan deme ye…
hehehe meriah juga.. halim pun ada tu