October 12, 2024

Amalan Yang Mudah Dilakukan Sepanjang Bulan Ramadhan

Amalam Terbaik Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan amat dinantikan oleh umat muslim seluruh dunia, dimana ianya merupakan bulan yang penuh berakah, hikmah dan keampunan.

Sebarang amal perbuatan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda dari bulan yang lain.

Disini Bro ingin kongsikan beberapa amalan mudah yang anda boleh lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini.

1- Berpuasa

Pertama sekali adalah berpuasa. Hilang nikmati ramadhan sekiranya anda tidak menggunakan sebaiknya bulan ini untuk berpuasa.

Berpuasa disini, bukan setakat menahan lapar dan dahaga.

Bahkan menjaga pandangan, tutur kata dan perlakuan. Lebih banyak bersabar dan mengawal nafsu. Tidak sukar dan itu tujuan sebenar kita digalakkan berpuasa.

2- Solat Tarawih

Ramai yang bagi alasan tak larat nak ke masjid/surau untuk solat tarawih. Tak pasti sebab memang betul-betul penat berpuasa sepanjang hari atau tak larat sebab terlalu kenyang lepas berbuka.

Tak susah pun nak solat tarawih.

Boleh je solat dirumah. Nak lebih berkat, ajak keluarga kawan-kawan untuk solat bersama.

3- Membaca Al-quran

Membaca Al Quran di Bulan Ramadhan

Memang tak dinafikan, tajuid etc semua akan tunggang-langgang kalau dah lama sangat tak mengaji. Harapkan surah-surah pendek sahaja boleh dibaca dengan lancar.

Tapi tak salah membaca al-quran. Sekurang-kurangnya kita cuba membaca dan membaiki kesalahan bagi melancarkan bacaan.

Sekarang dah maju, boleh muat turun applikasi Al-Quran dalam telefon pintar anda. Takde la anda asik scroll timeline facebook sahaja sepanjang bulan puasa ini.

4- Zakat Fitrah

Rukun Islan yang ke-4. Membayar Zakat fitrah/harta yang dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya.

Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Kecuali anda masih dibawah tanggungan ibubapa penjaga.

Jumlah zakat yang perlu dikeluarkan berbeza ikut negeri.

Tak tahu nak bayar zakat dekat mana? Nampak sangat nipunya. Sekarang ini kaunter bayaran zakat ada dibuka dimana-mana – Masjid, Pusat Membeli Belah mahupun di Bazar Ramadhan. Pastikan ianya berdaftar dan amil yang menguruskan diiktiraf.

Bayar Zakat secara Online pun boleh.

5 – Menghidupkan Malam Lailatul Qadar

Lailatul Qadar merupakan malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan.

Menurut pendapat paling kuat, malam kemuliaan itu terjadi di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, terlebih lagi pada malam-malam ganjil, iaitu malam 21, 23, 25, 27, dan 29.

Maka diharapkan 10 malam terakhir ini, kita mampu habiskan masa dengan beramal untuk mendapat lebih ganjarannya.

Malangnya 10 malam terakhir ini,

Kita selalu habiskan dengan shopping raya sampai ke pagi. Cari baju raya la, kuih raya la dan mahu jadi kaya raya (berniaga) sehinggakan kita tidak sedar Lailatul Qadar berlalu begitu sahaja.

6- Iktikaf

Iktikaf dalam bahasa adalah berdiam diri atau menahan diri pada suatu tempat, tanpa memisahkan diri.

Dalam istilah syar’i, itikaf bererti berdiam di Masjid untuk beribadah kepada Allah SWT dengan cara tertentu, sebagaimana telah diatur oleh syariat.

Itikaf merupakan salah satu perbuatan yang dikerjakan Rasulullah SAW. Sayangnya, ibadah ini dianggap berat oleh kebanyakan orang Islam, jadi sedikit yang mengamalkannya.

Kebanyakan kita banyak mendiamkan diri atas katil sambil mata dok ralik menghadap telefon pintar melayani laman sosial.

7 – Memberi Makanan Berbuka Puasa

Amalan yang paling senang dibuat pada bulan puasa adalah bersedekah dengan memberi/menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

Besar pahalanya jika kita mampu memberi/menyediakan makanan untuk orang lain berbuka puasa.

Bukan semua orang mampu berbuka puasa seperti kita. Kadangkala ada yang terpaksa berbuka puasa dengan air kosong dalam kereta dek kerana tersekat dalam trafik jem.

Belum lagi kes, yang tak mampu nak berbuka puasa sebab tiada makan atau tak mampu membeli makanan. Sedangkan kita, sekali pergi bazar ramadhan kiri kanan tangan penuh dengan makanan yang sememangnya kita tak mampu nak habiskan.

Membazir itu amalan syaitan.

****************

Kalau ikutkan ada banyak lagi amalan yang anda boleh lakukan sepanjang Bulan Ramadhan ini. Tapi cukuplah amalan yang mudah untuk anda lakukan, Bro kongsikan disini.

Jika yang mudah pun susah untuk anda tunaikan. Bro tak tahu nak cakap apa.

Apa-apa pun dekat sini Bro ingin kongsikan sesuatu yang mungkin anda juga boleh terlibat sama.

Kempen Taja Shopping Raya 2015 Projek Iqra

Sempena hari raya yang bakal tiba, Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia (Projek Iqra’) sedang menjalankan Kempen Taja Shopping Raya 2015 bagi mengutip sumbangan dari orang ramai.

Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran Projek Iqra’.

Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.

Untuk info lanjut, anda boleh layari facebook Projek Iqra’ dan juga Laman Web Projek Iqra – http://bitly.com/shoppingraya2015

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Amalan Yang Mudah Dilakukan Sepanjang Bulan Ramadhan

  1. Assalamualaikum. Suatu panduan mudah yang boleh dijadikan senarai semak. Tapi disamping mengejar sunat yang fardu jangan dilupakan pula. Misalnya solat lima waktu berjemaah lebih dituntut. Dalam mengejar terawih solat berjemaah ditinggalkan. Ini juga perlu masuk dalam senarai semak. Walaubagaimana pun tulisan tuan adalah baik dan membantu mengingatkan. Tk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *