Tahun 2026 sudah pun bermula, dan azam Tahun Baharu kini sedang hangat dipraktikkan. Kalau salah satu azam korang adalah untuk kekal aktif dan sihat, ini adalah masa terbaik untuk mula.
Dan jujur kita cakap — motivasi paling padu selalunya datang bila ada ganjaran yang berbaloi.
Di sinilah Samsung tampil dengan sesuatu yang menarik. Sertai “Jalan-Jalan Malaysia”, sebuah cabaran virtual walkathon di aplikasi Samsung Health yang membawa korang “mengembara” merentasi pelbagai lokasi ikonik di Malaysia hanya dengan berjalan kaki.
Bila korang berjaya menamatkan cabaran ini, korang berpeluang memenangi Galaxy Tab S10 FE bernilai RM2,199, serta baucar Samsung E-Store bernilai RM200 yang boleh digunakan untuk pembelian terpilih Samsung Galaxy Watch atau Galaxy Ring.
Azam kecergasan kini datang bersama ganjaran yang lumayan!
Cara untuk Sertai Sangat Mudah
Ikuti langkah-langkah berikut untuk mula menyertai cabaran ini:
- Pastikan aplikasi Samsung Health sudah dimuat turun pada peranti mudah alih.
- Buka aplikasi tersebut dan pergi ke halaman “Together”, kemudian klik Join apabila korang melihat kad “Jalan-Jalan Malaysia”.
- Capai jumlah langkah yang diperlukan pada bila-bila masa dalam tempoh 10 Januari 2026 hingga 9 Februari 2026. Tiada minimum langkah harian — yang penting, semua langkah direkodkan dalam aplikasi Samsung Health.
- Setelah berjaya menamatkan cabaran, korang hanya perlu menjawab satu soalan mudah dan berpeluang memenangi Galaxy Tab S10 FE bernilai RM2,199 serta menerima baucar Samsung E-Store RM200.
Tak perlu larian maraton atau senaman ekstrem — hanya dengan berjalan kaki secara konsisten, korang sudah boleh bergerak lebih sihat sambil mengumpul peluang untuk menang hadiah hebat.
Jadi, berjalan lebih jauh, berdiri lebih yakin, dan biarkan azam Tahun Baharu korang benar-benar membuahkan hasil — kali ini bukan sekadar kesihatan, tetapi juga ganjaran yang boleh dinikmati.
Klik untukmengetahui lebih lanjut mengenai “Jalan-Jalan Malaysia” https://shealth.samsung.com/
Keywords
- Samsung Jalan-Jalan Malaysia
- Samsung Health walkathon
- Galaxy Tab S10 FE contest
- Samsung fitness challenge
- Virtual walk Malaysia
- Samsung 2026 campaign
- Win Galaxy Tab
- Samsung step challenge
- Samsung E-Store voucher
- Fitness rewards Malaysia

