April 26, 2024

Nikmati Buffet Durian Di Lokasi Baru Durian SS2 Petaling Jaya

Iera Kan Hantu Durian SS2 Petaling Jaya
Beberapa hari sebelum kita menjalani ibadah puasa, tercari-cari port untuk menikmati durian buffet bagi memenuhi kehendak si isteri yang tunggu masa untuk due.

Sesambil itu, ajak rakan-rakan yang meroyan di facebook nak makan durian.

Disebabkan selalu dengar Durian SS2 Petaling Jaya antara port terbaik untuk menikmati durian.

Malangnya ada terima khabar berita dari kenalan bahawa waktu itu mereka belum open lagi untuk buffet, just timbang kilo berdasarkan jenis durian.

Hantu Durian SS2 Petaling Jaya

Memang kecewa juga la waktu itu. Dek kerana mengenangkan isteri dan rakan yang mengidam durian. Maka gagahi juga ke sana.

Timbang kilo pun timbang kilo la. Janji yang tersayang tersenyum.

Sewaktu Bro tiba, memang disambut mesra oleh pekerja-pekerja disana. Wah wah rasa macam diraikan la pulak. Paling terkejut bila dia cakap, “durian buffet ada, RM25 durian kampung campur-campur”

Gua orite je la….!!!

Dalam kepala dah fikir, tak tidur la gua dek kerana kepanasan lepas perkena durian malam nie.

Hantu Durian SS2 Petaling Jaya

Rakan yang mempunyai keinginan yang sama.

Terima kasih buat Nurfarhana dan Syafiq kerana sudi join sekali. Tak nikmat perkena durian sensorang.

Kata hantu durian, last-last dah tahu dah siapa pemenangnya he…23x Itupun topi dah bukak, selamat tak buka baju je dekat situ he…23x

Hantu Durian SS2 Petaling Jaya

Durian tak habis-habis disajikan kepada kami.

Terbaik pekerja dekat sini. Tapi tak tahu la apa dorang rasa bila kami jeling-jeling dorang dengan pandangan mata yang ……. suruh mereka amik durian lagi.

Mesti dorang cakap, “ini memang sah hantu durian, manyak takut sama mereka”

Hantu Durian SS2 Petaling Jaya

Nampak tak betapa banyaknya durian yang mereka ada.

Kami lepak sini hampir sejam setengah juga. Tak pasti berapa biji telah kami makan. Tapi memang rasa berbaloi-baloi sangat dengan apa yang kami bayar.

Meja sebelah siap bertukar-tukar orang, kami tak berganjak lagi.

Ramai juga yang datang ke sini nak perkena durian buffet ini. Ada gaya macam datang bersama rakan sepejabat dan ada juga datang bersama keluarga.

Hantu Durian SS2 Petaling Jaya

Nampak tak mata Bro dah layu dalam gambar ini. Dah lama makan, baru teringat nak amik gambar makan bersama-sama.

Lupa nak bagitau,

Lokasi Durian SS2 Petaling Jaya dah bertukar. Bukan lagi di SS2/24 Petaling Jaya. Bro sendiri pun sesat, selamat dapat informasi bahawa mereka telah bertukar lokasi.

Durian SS2 (Lokasi Baru)

Jalan Harapan, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Bicara Bro : Masa on da way balik, terjumpa Buffet Durian RM9.90… Arghhhh….!!!

Cepat-cepat terus inform makcik pinky (dia pun mengidam juga) terus dia ke sana perkena Buffet Durian RM9.90.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Nikmati Buffet Durian Di Lokasi Baru Durian SS2 Petaling Jaya

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *