April 26, 2024

Berakhir Sudah Rancangan Blogger Voice

Blogger Voice - Belakang Takbir
Tepat pukul 11 malam, 23 Oktober 2014 maka tamatlah sudah rancangan 13 episod Blogger Voice di Channel 180 – TVi yang selama ini bersiaran setiap hari Khamis pukul 10.30 malam.

Malangnya, ada episod yang sempat Bro tonton dan ada yang Bro terlepas. Maaf bro pohon kepada rakan-rakan blogger yang terlibat sama dalam menjayakan rancangan Blogger Voice ini.

Rancangan 13 episod ini menampilkan beberapa orang blogger dari kategori berbeza. Maka setiap episod ditampilkan blogger dengan cerita yang berbeza untuk disajikan kepada anda semua.

Dan Bro diberi kepercayaan untuk menjadi blogger pertama menerajui episod pertama.

  • Ep. 1 : Hiburan : Bro Framéstone & Fasyali Fadzly
  • Ep. 2 : Selebriti : Zarul Kefli Husin & Huzaimi Zaini
  • Ep. 3 : Travel : Rayyan Haries & Dan Arif
  • Ep. 4 : Haiwan Peliharaan : Mohd Hairey Yahya & Hidayat
  • Ep. 5 : Jenaka : Boni Kacak & Aisa Linglung
  • Ep. 6 : Sukan : Muhammad Aiman & Muhammad Rizal Hashim
  • Ep. 7 : Wanita : Red Mummy & Raja Nadia Sabrina
  • Ep. 8 : Lelaki : Hilal Azmi & Khai Riz
  • Ep. 9 : DIY : Rose Craft & Mohammed Shohaime Safie
  • Ep. 10 : Fotografi : Muhamad Azman Ishak & Nana Safina
  • Ep. 11 : Masakan : Hazman Fadzil & Chef Hussin Khan
  • Ep. 12 : Fesyen, Kecantikan : Shazwani Hamid & Anne Raihan
  • Ep. 13 : Hobi : Said Saiful Fazli & Salha Mohd Zain

Di sini, Bro akan kongsikan beberapa gambar sepanjang pengambaran Blogger Voice di kediaman Bro tempoh hari.

Pengambaran Rancangan Blogger Voice

Blogger Voice - Make Up Blogger Bro Framestone
Make-Up time.

Dengar cerita tukang make-up Bro ini bukan calang-calang. Selain selebriti, banyak blogger yang dia pernah make-up (tapi perempuan je la, yang lelaki Bro tak tahu siapa).

Blogger Voice - Ana Alisha

Pengacara rancangan Blogger Voice – Ana Alisha namanya, tengah warm-up sebelum start shooting hari ini.

Waktu ini, dorang tengah shoot satu persatu blog milik blogger yang terlibat. So kalau part gambar blog dorang kena skodeng tue, kebanyakan rakaman dibuat dirumah Bro (Korang kena bagi kredit pada rumah Bro ek)

Blogger Voice - Shooting Isteri Bro Framestone

Sesi shoot isteri kepada blogger Bro Framestone

Kena buat cepat, sebab puan isteri waktu ini tengah siap-siap nak pergi kerja. Dah la dia tak sedia dan tak biasa bercakap depan kamera.

Waktu ini tak sempat nak cari isteri lain untuk cover bahagian ini. Sebab mereka memang nak ada slot temubual dengan isteri kepada Bro.

Blogger Voice - Pengacara dan Make Up Artis

Ini pula, babak selepas habis shooting hari itu.

Habis part Bro, mereka terus bergegas ke Subang, untuk interview member Bro si pemilik Lejen Press. Siapa lagi kalau bukan si Aisa Linglung.

Harap dimasa hadapan, ada peluang lagi seperti ini. Jika bukan Bro, mungkin rezeki rakan-rakan blogger yang lain. Bosan la asik muka Bro je masuk TV. Lain la kalau Bro nie comel macam Fatin Liyana.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Berakhir Sudah Rancangan Blogger Voice

  1. Tahniah Bro.. hebat, menarik & pastinya menjadi inspirasi kpd blogger2 yg lain. Gua bersyukur dpt mengenali Bro. Semoga Bro terus sukses… aamiin.

    p/s: tempat interview Bro yg kat luar tu mcm tau je kat mana tmpt tu… Ke bukan hehee.. :D

  2. mana nak tengok ulangan blogger voice ye bro…ada juga yang terlepas nak tengok selama ianya ditayangkan tu…boleh katakan 11 episod tak tengok rasanya…tengok episod yang ada boni dan abang hazmanfadzil je…hee

Leave a Reply to Denaihati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *